Tuesday, September 14, 2010

Memasang Scribus (Perisian Desktop Publishing) 1.5.0.svn dalam ubuntu lucid/maverick


Scribus merupakan perisian Desktop Publishing seperti Adobe Indesign, Microsoft Publisher atau juga Page Maker dan dibezakan dengan methadologi pembangunananya iaitu sumber terbuka dan bukannya bersifat pemilikan (proprietary). Dalam dunia ubuntu, scribus digunakan secara meluas dan antara yang paling terkenal ialah penghasilan Majalah Full Circle yang telah mencapai edisi ke-40 bulan lepas. Baru-baru ini Mark Shuttleworth menulis didalam blognya tentang pakej scribus dalam ppa ubuntu yang mana versi stabilnya tidak up-to-date dengan versi stabil dan versi pembangunan semasa sedangkan Canonical sendiri bergantung kepada aplikasi Scribus untuk menghasilkan flyer, brochure dan seumpamanya.

Inisiatif Mark Shuttleworth tersebut telah mewujudkan satu PPA yang mengandungi pakej Scribus versi paling terkini dan stabil yang boleh digunakan oleh semua pengguna ubuntu. Untuk memasangnya, sila masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal;
sudo apt-add-repository ppa:scribus/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install scribus-trunk
Selepas pemasangan selesai, anda boleh menggunakan Scribus dengan melancarkannya melalui menu Graphics.

Secara peribadi, saya merasakan Scribus dari PPA ini sememangnya stabil dan belum menemui apa-apa pepijat dalam penghasilan dokumen percubaan seperti dalam screenshot diatas. Sekiranya anda mencari pengganti Adobe Indesign atau Microsoft Publisher dalam ubuntu, Scribus adalah jawapannya. Gandingan bersama dengan Inkscape dan semuanya mungkin memenuhi cita rasa dokumen yang anda hasilkan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...