Sunday, September 19, 2010

Memasang Kdenlive 0.78 ke dalam Ubuntu Lucid/Maverick


Kdenlive merupakan perisian video editor yang saya biasa gunakan apabila ingin menghasilkan video samada screencast dan sebagainya. Kdenlive mempunyai fungsi video effect (kesan khas video), transition (efek peralihan antara 1 track video kepada track video seterusnya), dan memasukkan teks atau image ke dalam video. Ciri terbaru dalam versi 0.78 (selain bug fixes) ialah;
  • improved tools for color correction
  • adjust some transitions and effects directly
  • track effects - this allows you to apply an effect to an entire track
  • Create animated slideshows
Pemasangan
Masukkan kata arahan berikut ke terminal;
sudo apt-add-repository ppa:sunab/kdenlive-release
sudo apt-get update
sudo apt-get install kdenlive
Sekiranya anda telah memasang kdenlive sebelum ini, sila upgrade menggunakan kata arahan;
sudo apt-get upgrade
Nota : Sekiranya ini kali pertama anda memasang kdenlive, anda mungkin terpaksa memuatturun beberapa lib KDE kerana kdenlive menggunakan antaramuka KDE dan bukannya GTK.
[via : omgubuntu]

1 comment:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...