Posts

Showing posts with the label kdenlive

Memasang Kdenlive 0.78 ke dalam Ubuntu Lucid/Maverick

Image
Kdenlive merupakan perisian video editor yang saya biasa gunakan apabila ingin menghasilkan video samada screencast dan sebagainya. Kdenlive mempunyai fungsi video effect (kesan khas video), transition (efek peralihan antara 1 track video kepada track video seterusnya), dan memasukkan teks atau image ke dalam video . Ciri terbaru dalam versi 0.78 (selain bug fixes) ialah; improved tools for color correction adjust some transitions and effects directly track effects - this allows you to apply an effect to an entire track Create animated slideshows Pemasangan Masukkan kata arahan berikut ke terminal; sudo apt-add-repository ppa:sunab/kdenlive-release sudo apt-get update sudo apt-get install kdenlive Sekiranya anda telah memasang kdenlive sebelum ini, sila upgrade menggunakan kata arahan; sudo apt-get upgrade Nota : Sekiranya ini kali pertama anda memasang kdenlive, anda mungkin terpaksa memuatturun beberapa lib KDE kerana kdenlive menggunakan antaramuka KDE dan bukannya GTK. ...

Tutorial Kdenlive : Masukkan teks dan grafik ke dalam video

Image
Ini ialah tutorial pertama saya mengenai kdenlive . Disini saya ingin menunjukkan cara-cara bagaimana anda boleh memasukkan Title Clip ke dalam satu-satu video samada untuk "watermark" video yang anda miliki, memasukkan text dan gambar tajuk atau sebagainya bergantung kepada kreativiti anda. Pertama sekali, rujuk entry sebelum ini untuk proses pemasangan kdenlive dalam ubuntu jika anda belum lagi mempunyainya. Ianya sama sekali percuma! Lancarkan kdenlive dan klik pada section bahagian kiri atas, terdapat satu toolbar dan klik pada ikon add clip dan pilih Add title Clip (rujuk imej dibwah). Satu tetingkap "Title Clip" muncul. Ini ialah tetingkap editor kepada klip video yang bakal anda hasilkan. Sebagai contoh, katakan saya ingin hasilkan satu video yang diawalnya mempunayai grafik berkaitan emaj dan sedikit text. Saya boleh masukkan gambar logo emaj dan kemudian menaip text dibawahnya seperti berikut; Dalam imej diatas, saya setkan background kepada lutsinar yang ...