Hotot, merupakan satu lagi projek sumber terbuka yang dihostkan di google code dan berfungsi sebagai microblogging client seperti twitter dan mungkin akan menyokong laman lain kemudiannya. Namun hotot bukan aplikasi linux typical yang hanya berfungsi secara yang sepatutnya ia berfungsi. Hotot menggunakan pendekatan antaramuka yang elegant (anggun) dan saya boleh bayangkan bahawa ianya mirip kepada aplikasi yang biasanya kita temui hanya dalam Mac OSX.
Meskipun belum melepaskan apa-apa versi stabil buat masa sekarang, percubaan saya menggunakan hotot cukup membuatkan saya rasa kagum dan saya berharap agar banyak lagi aplikasi seanggun ini akan dibangunkan untuk platform linux pada masa hadapan.
Hotot masih lagi dalam versi pembangunan akan tetapi sudah mempunyai fungsi yang hebat dalam senarai extensions seperti GMap untuk memaparkan tweet yang mempunyai data geolokasi.
Selain extension GMap, terdapat juga extension yang berfungsi untuk memaparkan imej (yang dihostkan di laman seperti img.ly, twitpic.com, twitgoo.com, yfrog.com, dan moby.to) dan memuatnaik imej.
UPDATE : Video dan fail DEB (testing)
Download fail DEB (i386 shj) untuk pemasangan Hotot dalam ubuntu (testing version - saya build sendiri) :
Amd64 -- > http://www.2shared.com/file/grrVNs8P/hotot_10-1_amd64.html
[via :webupd8]
Nama kebanyakkan aplikasi dalam linux neh memang pelik2 -- Hotot .. hehe
ReplyDeletehotot ialah sejenis arnab yg comel...hehe
ReplyDeleteseyes mmg anggun! hehe
ReplyDeletenama HOTOT - pelik tapi cute :-)
ReplyDeletedah try lom bro? amacam ok x? hehe..
ReplyDeleteaah cute..interface pun cute jgk..hehe
ReplyDeletehaha..lg cun dr gwibber..dah stop guna gwibber..hahaha
ReplyDeletecomel2 ..
ReplyDeletearnab species apa tu..
ntahlah..xstudy bab zoology plak..hehe
ReplyDeletemmg dah lama x guna gwibber, sbb gwibber x bole update@refresh facebook/twitter, gwibber mcm failure je, tuka lain jela default ubuntu, hotot lagi bagus nampaknye
ReplyDeletehaha..
ReplyDeletebiar2 asal "hotot"
ni kemas..