Posts

Showing posts with the label hotot

Kemaskini Antaramuka Hotot : Lebih Simple & Tersusun

Image
Hotot mempunyai kitaran pembangunan yang agak pelik. Versinya tidak begitu ketara mengalami peningkatan. Misalnnya versi terkini 0.9.6 adalah versi yang entah ke berapa kali dikemaskini memperkenalkan atau boleh dikatakan diekperimenkan beberapa fungsi, anataramuka, susunan butang-butang dan layout keseluruhan, namun tetap 0.9.6 versinya. Yup, saya mengakui saya tidak menghafal angka selepas dari 2 titik perpuluhan itu :) Walaubagaimanapun sekiranya anda mengemaskini Hotot baru-baru ini, anda akan perasan antaramukanya telah berubah dari sebelum ini menjadikannya lebih simple & tersusun. Kesemua fungsi kini berapa pada bahagian atas sekaligus memudahkan pengguna browse dari timeline utama ke mentions, messages dan seterusnya ke fungsi search. Satu-satunya fungsi yang tiada dalam Hotot adalah trending menjadikan pengguna tidak tahu topik apakah sedang trending dalam kawasan tertentu. Semoga fungsi ini akan diperkenalkan kelak. Sekiranya anda telah memasang Hotot sebelum ini...

PPA rasmi Hotot untuk Ubuntu Lucid/Maverick

Saya telah menulis 2 artikel sebelum ini berkenaan twitter client, hotot , hari ini saya cuma ingin menulis berkenaan projek hotot telah diupload secara rasmi ke launchpad dan PPA rasmi bagi hotot telah pun tersedia untuk dicuba. Sila tambah ppa menggunakan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:hotot-team sudo apt-get update Sekiranya anda masih belum memasang hotot ke dalam ubuntu, anda boleh berbuat demikian menggunakan ubuntu software center atau memasukkan kata arahan berikut; sudo apt-get install hotot Selamat mencuba.

PPA untuk Hotot Twitter Client & Hotot untuk Windows 7!

Image
Yup, sekali lagi, Hotot! Fakta menarik setelah sehari menggunakannya ialah saya semakin aktif bersiul di arena twitter . Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun twitter, sila register di laman web twitter dan uji hotot kerana ia cukup menyeronokkan. Setelah direview oleh laman blog webupd8.org semalam, hotot terus menjadi perhatian terutamanya kepada pembangun perisian dan ada antara mereka yang mencadangkan supaya hotot dihostkan di launchpad. Walaupun cadangkan tersebut belum diimplementasikan secara rasmi, kelihatannya sudah ada pembangun perisian yang memasukkan pakej hotot kedalam PPA nya iaitu Jimmy Xu dan pengguna ubuntu lucid/maverick boleh memasang hotot menggunakan PPA tersebut dengan memasukkan command berikut. sudo add-apt-repository ppa:jimmyxu/hotot sudo apt-get update sudo apt-get install hotot Selain itu, setelah saya menerokai laman google code yang menjadi host kepada code hotot, saya mendapati terdapat pakej untuk pengguna windows 7 dan screenshot diatas ia...

Hotot Twitter Client : Aplikasi linux kini semakin "anggun" [Dikemaskini]

Image
Hotot , merupakan satu lagi projek sumber terbuka yang dihostkan di google code dan berfungsi sebagai microblogging client seperti twitter dan mungkin akan menyokong laman lain kemudiannya. Namun hotot bukan aplikasi linux typical yang hanya berfungsi secara yang sepatutnya ia berfungsi. Hotot menggunakan pendekatan antaramuka yang elegant (anggun) dan saya boleh bayangkan bahawa ianya mirip kepada aplikasi yang biasanya kita temui hanya dalam Mac OSX. Meskipun belum melepaskan apa-apa versi stabil buat masa sekarang, percubaan saya menggunakan hotot cukup membuatkan saya rasa kagum dan saya berharap agar banyak lagi aplikasi seanggun ini akan dibangunkan untuk platform linux pada masa hadapan. Hotot masih lagi dalam versi pembangunan akan tetapi sudah mempunyai fungsi yang hebat dalam senarai extensions seperti GMap untuk memaparkan tweet yang mempunyai data geolokasi. Selain extension GMap, terdapat juga extension yang berfungsi untuk memaparkan imej (yang dihostkan di laman ...