Thursday, September 23, 2010

Hotot Twitter Client : Aplikasi linux kini semakin "anggun" [Dikemaskini]


Hotot, merupakan satu lagi projek sumber terbuka yang dihostkan di google code dan berfungsi sebagai microblogging client seperti twitter dan mungkin akan menyokong laman lain kemudiannya. Namun hotot bukan aplikasi linux typical yang hanya berfungsi secara yang sepatutnya ia berfungsi. Hotot menggunakan pendekatan antaramuka yang elegant (anggun) dan saya boleh bayangkan bahawa ianya mirip kepada aplikasi yang biasanya kita temui hanya dalam Mac OSX.

Meskipun belum melepaskan apa-apa versi stabil buat masa sekarang, percubaan saya menggunakan hotot cukup membuatkan saya rasa kagum dan saya berharap agar banyak lagi aplikasi seanggun ini akan dibangunkan untuk platform linux pada masa hadapan.

Hotot masih lagi dalam versi pembangunan akan tetapi sudah mempunyai fungsi yang hebat dalam senarai extensions seperti GMap untuk memaparkan tweet yang mempunyai data geolokasi.


Selain extension GMap, terdapat juga extension yang berfungsi untuk memaparkan imej (yang dihostkan di laman seperti img.ly, twitpic.com, twitgoo.com, yfrog.com, dan moby.to) dan memuatnaik imej.

UPDATE : Video dan fail DEB (testing)


Download fail DEB (i386 shj) untuk pemasangan Hotot dalam ubuntu (testing version - saya build sendiri) :

Amd64 -- > http://www.2shared.com/file/grrVNs8P/hotot_10-1_amd64.html

Saya tidak boleh memberikan cara pemasangan buat waktu ini kerana belum ada ppa atau deb yang dikeluarkan oleh pihak pembangun. Oleh itu, sekiranya anda teruja dengan aplikasi ini, sila terus menunggu kemaskini seterusnya dari saya dengan mengikuti saya di twitter dan facebook.
[via :webupd8]

11 comments:

  1. Nama kebanyakkan aplikasi dalam linux neh memang pelik2 -- Hotot .. hehe

    ReplyDelete
  2. hotot ialah sejenis arnab yg comel...hehe

    ReplyDelete
  3. seyes mmg anggun! hehe

    ReplyDelete
  4. dah try lom bro? amacam ok x? hehe..

    ReplyDelete
  5. aah cute..interface pun cute jgk..hehe

    ReplyDelete
  6. haha..lg cun dr gwibber..dah stop guna gwibber..hahaha

    ReplyDelete
  7. ntahlah..xstudy bab zoology plak..hehe

    ReplyDelete
  8. mmg dah lama x guna gwibber, sbb gwibber x bole update@refresh facebook/twitter, gwibber mcm failure je, tuka lain jela default ubuntu, hotot lagi bagus nampaknye

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...