Posts

Showing posts with the label aplikasi

Top 6: Aplikasi teruk untuk ubuntu daripada Datamation dan ShimGeek

Apa yang paling best pasal ubuntu ialah pilihan aplikasi yang banyak, daripada produktiviti pejabat seperti LibreOffice sehingga lah aplikasi yang mudah seperti gedit. Namun dalam banyak-banyak aplikasi Ubuntu ada yang prestasi jauh terkebelakang dek kerana di' abandon ', kekurangan support atau banyak lagi sebab-sebab yang lain. 1) Firefox extension manager Masalah timbul apabila firefox terlalu kerap di'update' menyebabkan berlaku compatibility isu. 2) Cheese Terdapat masih banyak bug yg terdapat dalam rilis Ubuntu 12.04 3) Istanbul Kesukaran untuk sharing ke laman web seperti youtiup. Lihat 7 aplikasi lagi di Datamation. Klik link di bawah... 3 apps pilihan Shimgeek untuk aplikasi yang paling teruk adalah: 1. caps lock indicator - Apa tujuan apps ni ada di bar untuk di klik? sedangkan di keyboard pun sudah ada. 2. unity dash - Launcher tidak mencakupi semua apps penting, tertinggal email client. Cuba taip 'email', tidak keluar apa yang d...

Menggantikan apt-get dengan apt-fast untuk kepantasan

Image
Pengetahuan spesifik tentang apt-get dan aplikasinya adalah esklusif kepada pengguna linux debian. Pengguna ubuntu biasanya menggunakan kata arahan apt-get untuk memuatturun paket-paket program daripada pelayan yang ditetapkan untuk proses samada pemasangan perisian (apt-get install), kemaskini (apt-get update) mahupun naiktaraf (apt-get upgrade). Namun sekiranya proses apt-get tersebut tidak cukup pantas bagi sambungan internet anda, pengguna ubuntu sebenarnya mempunyai satu lagi altenatif yang berbaloi untuk dicuba iaitu apt-fast. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna haruslah melalui proses berikut; 1) Pasang pakej Axel sudo apt-get install axel 2)Masukkan kata arahan berikut seterusnya sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net sudo apt-get update sudo apt-get install apt-fast Selesai pemasangan ini, barulah pengguna boleh menggunakan apt-fast untuk proses memuatturun paket-paket perisian daripada pelayan. Artikel & Imej : http://www.addictivetips.com

Ubuntu One Files : Aplikasi Sync File Ubuntu One Bersama Android

Image
Ubuntu One merupakan fungsi sync data dari desktop ubuntu ke server ubuntu dan setiap pengguna diberikan 2GB ruang penyimpanan secara percuma. Kini pihak pembangun ubuntu melepaskan pula aplikasi Android iaitu Ubuntu One Files yang membolehkan pengguna sync fail ubuntu one bersama peranti Android. Sekiranya anda salah seorang pengguna peranti Android, aplikasi ini boleh dimuatturun melalui Android market menggunakan link & QR Code berikut;   https://market.android.com/details?id=com.ubuntuone.android.files Selamat mencuba.

Android Notifier di Ubuntu

Image
Secara jujurnya, apabila saya menggunakan laptop saya untuk online, sangat jarang untuk saya menggunakan handphone. Sebab itu bila ada rakan SMS, Call, saya jarang untuk respond. Kadang – kadang tak perasan. Lepas tu, kena marah tak tentu pasal sebab tak respond.. ;-) Ada satu aplikasi yang akan membantu anda, iaitu Android Notifier. Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada kita yang sedang asyik di PC, bahawa ada SMS, panggilan, atau bateri yang dah nak habis. Tapi malangnya ia hanya membantu kita untuk terima notis sahaja, tapi tak boleh nak balas sms atau jawab panggilan di PC. Ada dua, satu untuk Android dan satu lagi untuk Ubuntu. (Juga terdapat untuk Window) Download di sini

Hotot Twitter Client : Aplikasi linux kini semakin "anggun" [Dikemaskini]

Image
Hotot , merupakan satu lagi projek sumber terbuka yang dihostkan di google code dan berfungsi sebagai microblogging client seperti twitter dan mungkin akan menyokong laman lain kemudiannya. Namun hotot bukan aplikasi linux typical yang hanya berfungsi secara yang sepatutnya ia berfungsi. Hotot menggunakan pendekatan antaramuka yang elegant (anggun) dan saya boleh bayangkan bahawa ianya mirip kepada aplikasi yang biasanya kita temui hanya dalam Mac OSX. Meskipun belum melepaskan apa-apa versi stabil buat masa sekarang, percubaan saya menggunakan hotot cukup membuatkan saya rasa kagum dan saya berharap agar banyak lagi aplikasi seanggun ini akan dibangunkan untuk platform linux pada masa hadapan. Hotot masih lagi dalam versi pembangunan akan tetapi sudah mempunyai fungsi yang hebat dalam senarai extensions seperti GMap untuk memaparkan tweet yang mempunyai data geolokasi. Selain extension GMap, terdapat juga extension yang berfungsi untuk memaparkan imej (yang dihostkan di laman ...

10 Aplikasi kegemaran saya dalam ubuntu

Image
Kehidupan saya dibahagikan kepada 2 - kehidupan digital & kehidupan analog. Rasanya ramai pembaca kat sini yang turut mengamalkan 2 corak kehidupan sebegini. Kehidupan analog saya mungkin tidak begitu menarik. Aplikasi wajib ialah pakaian, telefon bimbit, wallet, kungci-kungci dan seumpamanya. Boring bukan? Sebaliknya, kehidupan digital saya agak menarik untuk dikongsi bersama dan saya harap pembaca yang lain juga dapat berkongsi bersama-sama saya dalam ruangan komen :) 10 aplikasi kegemaran dalam ubuntu Google Chrome : Saya sudah lama meninggalkan firefox untuk menggunakan Google Chrome . Namun saya masih menunggu munculnya Firefox 4 yang saya rasa mungkin menyebabkan saya kembali menggunakan firefox. Gwibber : Yup, anda mungkin sukakannya, atau mungkin bertukar ke aplikasi lain seperti Pino , Yoono , dan sebagainya. Namun saya masih menggunakan gwibber yang pada saya berfungsi seperti yang saya inginkan. (Masih menunggu fungsi-fungsi tambahan untuk berfungsi seperti yang se...