Posts

Showing posts with the label twitter

Histwi 0.6.7 kini menggunakan OAuth

Image
Saya merupakan pengguna tegar Histwi , sehinggalah twitter memperkenalkan Oauth-Apocalypse yang menyebabkan kesemua aplikasi twitter pihak ketiga yang tidak menggunaka OAuth gagal berhubung dengan twitter . Pada ketika itu, histwi merupakan antara aplikasi yang gagal berhubung dengan twitter menjadikannya aplikasi terbiar yang tidak berguna. Histwi merupakan aplikasi untuk; Download and save all your Tweets to Database. View and export all saved tweets to html or txt file. Compare your Following to Followers. Follow/Unfollow any your friends. Tracking new followers and unfollowers. Advanced Twitter Search. Managing multiple Twitter accounts. Dengan versi 0.6.7, histwi kembali boleh digunakan seperti biasa dan saya sangat mencadangkan aplikasi ini kepada pengguna tegar twitter yang ingin melihat rekod follow dan unfollow secara lebih jelas. Fungsi yang sangat saya sukai : Melihat follower dan Unfollower Memasang ke dalam ubuntu. Buka terminal dan taipkan kata arahan be...

PPA untuk Hotot Twitter Client & Hotot untuk Windows 7!

Image
Yup, sekali lagi, Hotot! Fakta menarik setelah sehari menggunakannya ialah saya semakin aktif bersiul di arena twitter . Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun twitter, sila register di laman web twitter dan uji hotot kerana ia cukup menyeronokkan. Setelah direview oleh laman blog webupd8.org semalam, hotot terus menjadi perhatian terutamanya kepada pembangun perisian dan ada antara mereka yang mencadangkan supaya hotot dihostkan di launchpad. Walaupun cadangkan tersebut belum diimplementasikan secara rasmi, kelihatannya sudah ada pembangun perisian yang memasukkan pakej hotot kedalam PPA nya iaitu Jimmy Xu dan pengguna ubuntu lucid/maverick boleh memasang hotot menggunakan PPA tersebut dengan memasukkan command berikut. sudo add-apt-repository ppa:jimmyxu/hotot sudo apt-get update sudo apt-get install hotot Selain itu, setelah saya menerokai laman google code yang menjadi host kepada code hotot, saya mendapati terdapat pakej untuk pengguna windows 7 dan screenshot diatas ia...

Hotot Twitter Client : Aplikasi linux kini semakin "anggun" [Dikemaskini]

Image
Hotot , merupakan satu lagi projek sumber terbuka yang dihostkan di google code dan berfungsi sebagai microblogging client seperti twitter dan mungkin akan menyokong laman lain kemudiannya. Namun hotot bukan aplikasi linux typical yang hanya berfungsi secara yang sepatutnya ia berfungsi. Hotot menggunakan pendekatan antaramuka yang elegant (anggun) dan saya boleh bayangkan bahawa ianya mirip kepada aplikasi yang biasanya kita temui hanya dalam Mac OSX. Meskipun belum melepaskan apa-apa versi stabil buat masa sekarang, percubaan saya menggunakan hotot cukup membuatkan saya rasa kagum dan saya berharap agar banyak lagi aplikasi seanggun ini akan dibangunkan untuk platform linux pada masa hadapan. Hotot masih lagi dalam versi pembangunan akan tetapi sudah mempunyai fungsi yang hebat dalam senarai extensions seperti GMap untuk memaparkan tweet yang mempunyai data geolokasi. Selain extension GMap, terdapat juga extension yang berfungsi untuk memaparkan imej (yang dihostkan di laman ...

Guna Pino untuk mengikuti @melayubuntu di Twitter

Image
Apabila gwibber tidak berfungsi seperti yang sepatutnya (ia gagal untuk refresh dan loading tweet baru dan saya tidak tahu kenapa), lalu saya mencari altenatif lain. Saya mencuba Choqok tetapi kemudiannya menyedari saya tidak suka interface KDE. Saya mencuba Turpial namun, lain pula kisahnya apabila ia berfikir, berfikir dan terus berfikir (hang la 2) apabila saya ingin update twitter. Saya mungkin ingin mencuba aplikasi berasaskan Adobe Air namun saya menyedari ianya menggunakan terlalu banyak RAM dan ianya bukan sesuatu yang saya sukai. Akhirnya saya mencuba Pino . Ia hanya menggunakan sekitar 7MB RAM dan paling penting ia berfungsi secara sepatutnya ia berfungsi dan ia cukup membahagiakan saya. Sekiranya anda juga seperti saya yang mempunyai masalah dengan gwibber dan ingin mencuba Pino, sila ke sini untuk panduan pemasangannya . Terlanjur bercakap mengenai twitter, saya ingin menjemput semua pembaca blog saya untuk mengikuti @ melayubuntu di twitter. Kenapa? Saya selal...

Uruskan akaun twitter menggunakan Histwi dalam Ubuntu

Image
Twitter merupakan satu fenomena baru. Di parlimen, kopitiam mahupun di kedai kopi, semua orang mula bercakap mengenai twitter. Selama ini apabila bercakap mengenai twitter, kita sering terserempak dengan aplikasi berkongsepkan twitter client yang membolehkan anda mengemaskini twitter anda melaluinya dan juga melihat kemaskini rakan-rakan anda. Histwi bukanlah twitter client yang berfungsi seperti tweet deck, gwibber, dan sebagainya. Histwi ialah aplikasi untuk pengguna menguruskan akaun twitternya, follow rakan-rakan yang follow anda secara rahsia, unfollow rakan yang tidak pernah terdetik untuk follow anda dan sebagainya. Antara ciri-ciri lain histwi ialah; * Download and save all your Tweets to Database. * View and export all saved tweets to html or txt file. * Compare your Following to Followers. * Follow/Unfollow any your friends. * Tracking new followers and unfollowers. * Advanced Twitter Search. * Managing multiple Twitter accounts. Sekiranya anda pengguna twitte...