Posts

Showing posts with the label unity

Mark Shutterworth Mendedahkan Cita-Cita Unity Dalam Ubuntu 11.10

Image
Mark Shutterworth menulis "we have a refined target render of the Dash for Oneiric, and here it is:" Sambil mengatakan, ubuntu akan mengantikan konsep Places dengan konsep Scopes & Lenses yang akan menfokuskan kepada pengalaman pencarian berskrin penuh. Ternyata konsep ini jugalah yang diaplikasikan dalam kebanyakkan shell seperti Gnome-Shell dan Mac OSX Lion. Mark menulis, Since we introduced the Dash as a full screen device-like search experience, the same idea has made its way into several other shells, most notably Mac OS X Lion. While we’re definitely the outsider in this contest, I think we can stay one step ahead in the game given the support of our community. Evolusi pada panel juga dihighlightkan oleh Mark Shutteworth yang mana dalam Unity serba baru ini, anda dapat melihat butang close, minimize & maximize berada pada panel sebelah kiri. Pihak pembangun ubuntu sedang membuat kajian tentang keberkesanan beberapa kelakuan pada bebutang ini dan ianya akan s...

Kemaskini Terbaru 11.10 Membawakan Pembaharuan Pada Unity [Screenshot]

Image
Versi pembangunan Ubuntu 11.10 telah dikemaskini beberapa hari ini menyaksikan beberapa pembaharuan pada Unity 4.8.0 menjadikannya lebih menarik dan mudah untuk digunakan. Antara pembaharuan yang dimaksudkan; 1. Tiada lagi logo Ubuntu pada bahagian kiri panel untuk melancarkan dash dan diganti dengan logo ubuntu pada unity launcher. Klik pada logo ubuntu ini akan melancarkan dash seperti dalam screenshot. 2. Lebih menarik, dash kini menawarkan fungsi aplikasi, fail dan muzik, dalam satu interface. Tidak ada lagi launcher khusus untuk aplikasi dan fail seperti sebelum ini pada unity launcher. 3. Pada fungsi pencarian dash, pengguna boleh refine search untuk aplikasi (seperti dalam screenshot), fail dan juga muzik yang mana ini adalah sesuatu yang sangat menarik dan terkedepan berbanding launcher pada OSX Lion. 4. Pada panel di tempat logo ubuntu sebelum ini ialah nama kepada aplikasi yang sedang aktif dan juga menu. Ternyata ianya sangat menarik. 5. Fungsi Alt+Tab pula telah d...

Mencuba Unity 2D Launcher dalam sesi Gnome normal

Image
Unity ialah interface desktop serba baru yang bakal digunakan secara default dalam ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Interface unity ini unik kerana ia tidak lagi seperti Windows, tidak juga seperti Mac OSX. Keunikan unity ditambah dengan kewujudan launcher di sebelah kiri desktop mewujudkan ruang vertikal yang lebih besar dan ruang horizontal yang minima daripada kebiasaan. Kini pengguna ubuntu yang ingin mencuba launcher unity dalam sesi Gnome yang biasa tanpa perlu logout dan bertukar sesi boleh memasangnya dengan cara berikut; Buka terminal dan taipkan kata arahan di bawah. sudo add-apt-repository ppa:unity-2d-team/unity-2d-daily sudo apt-get update sudo apt-get install unity-qt-default-settings sudo apt-get dist-upgrade Selesai proses ini, tekan Alt + F2 dan masukkan unity-qt-panel Selamat mencuba.

[Review bervideo] Mencuba Unity - Ubuntu Netbook Edition dalam komputer laptop

Image
Ubuntu mempunyai banyak edisi yang dibangunkan untuk memberi fokus tertentu kepada senibina dan teknologi perkakasan sesebuah komputer. Kerencaman versi ubuntu ini sebenarnya memberikan pengguna lebih ruang untuk memilih versi yang mereka sukai, sesuai dengan keupayaan, senibina komputer, dan citarasa pengguna yang pelbagai. Antara versi ubuntu yang terbaru ialah Ubuntu Netbook Edition dengan antaramuka Unity yang baru diperkenalkan oleh Mark Shuttleworth pada UDS (Ubuntu Developer Summit) sekitar Mei lalu. Sepertimana namanya, Ubuntu Netbook Edition memfokuskan kepada komputer berbentuk Netbook yang mempunyai keupayaan sederhana dan saiz serta resolusi skrin yang kecil. Oleh kerana saya tidak mempunyai Netbook, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba Ubuntu Netbook Edition dalam laptop Macbook versi 3,1 - Santa Rosa. Bagaimanakah prestasi Unity dalam laptop biasa? Memasang Unity. Dalam laptop yang sama, saya telah memasang Ubuntu Maverick Beta (Upgrade daripada Lucid) dan revi...