Posts

Showing posts with the label masalah

Menyelesaikan Masalah Auto-LockScreen Dalam Ubuntu 11.04

Image
 Pengalaman saya menggunakan Ubuntu 11.04 ataupun Natty Narwhal, saya menghadapi satu masalah di mana skrin tiba-tiba menjadi hitam dan rupa-rupanya ubuntu telah memasuki sesi Lock Screen secara automatik tanpa sebarang amaran, petanda, atau disebabkan perlakuan pengguna. Saya mendapati kejadian seperti ini selalu terjadi apabila Processor komputer hampir mencapai tahap maksima penggunaan. Masalah kedua ialah, apabila ubuntu memasuki ke sesi  screensaver kerana komputer tidak digunakan untuk beberapa waktu tertentu (yang telah ditetapkan oleh pengguna), dan apabila pengguna ingin mengaktifkan kembali ubuntu mereka, tiba-tiba pengguna hanya mendapati skrin hitam yang tidak responsif. Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan mencuba pelbagai jenis cadangan yang terdapat di Internet bagi kedua-dua masalah di atas. Saya menemui satu penyelesaian yang setakat ini berfungsi sekurang-kurangnya bagi saya. Rupa-rupanya, ketidakstabilan yang berlaku adalah disebabkan oleh interaksi ...

Apa yang harus dilakukan apabila berhadapan masalah dengan ubuntu

Saya menerima banyak email bertanyakan pelbagai soalan tentang masalah yang timbul dalam ubuntu. Maaf kerana saya tidak berkesempatan menjawabnya kerana masih terlalu banyak perkara yang memerlukan perhatian saya. Sesungguhnya, saya ingin menjawab begini; Terima kasih diatas email anda. Sila lakukan seperti berikut untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi : - 1)Buka ubuntu 2)Klik pada Applications > Accessories > MagicApp 3)Klik Apply dan semua permasalah ubuntu anda akan selesai! Apakan daya, ianya tidak semudah itu. Tidak ada butang ajaib dan kebanyyakkan masalah yang diajukan memerlukan proses yang detail untuk diselesaikan. Sorry. Jadi saya mengambil inisiatif ini untuk menulis tentang bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ubuntu anda. Google adalah kemestian! Saya tidak faham. Mengapa ramai yang takut untuk mencari penyelesaian masalah mereka menggunakan google. Adakah persoalan bahasa wujud menyebabkan sesetengah pengguna ubuntu lebih selesa membaca ...

Masalah Yahoo Messenger dalam Ubuntu

Pada 20hb yang lepas, Yahoo! Inc. telah membuat sedikit perubahan dalam server messenger mereka. Dan hal ini secara praktikalnya telah menyebabkan im client dalam linux sama ada Pidgin, Kopete, Empathy atau Gyachi, tidak boleh login atau lebih tepat lagi tidak boleh connect. Lol! Patutla syah tak boleh nak connect ke ym. Rupanyer si Yahoo ni ubah login method kat server diorang! Tapi jangan bimbang, jika anda menggunakan Pidgin, sila upgrade pidgin anda ke versi 2.5.7. Bukak Terminal dan pastekan: sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com \ 67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8 echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \ `lsb_release --short --codename` main | \ sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list kemudian, sudo apt-get update sudo apt-get upgrade Tapi jika anda menggunakan im client yang lain seperti Empathy, sila ubah url "server" seperti berikut: cn.scs.msg.yahoo.com Semoga berjaya!