Thursday, June 23, 2011

Menyelesaikan Masalah Auto-LockScreen Dalam Ubuntu 11.04

 Pengalaman saya menggunakan Ubuntu 11.04 ataupun Natty Narwhal, saya menghadapi satu masalah di mana skrin tiba-tiba menjadi hitam dan rupa-rupanya ubuntu telah memasuki sesi Lock Screen secara automatik tanpa sebarang amaran, petanda, atau disebabkan perlakuan pengguna. Saya mendapati kejadian seperti ini selalu terjadi apabila Processor komputer hampir mencapai tahap maksima penggunaan.

Masalah kedua ialah, apabila ubuntu memasuki ke sesi  screensaver kerana komputer tidak digunakan untuk beberapa waktu tertentu (yang telah ditetapkan oleh pengguna), dan apabila pengguna ingin mengaktifkan kembali ubuntu mereka, tiba-tiba pengguna hanya mendapati skrin hitam yang tidak responsif.

Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan mencuba pelbagai jenis cadangan yang terdapat di Internet bagi kedua-dua masalah di atas. Saya menemui satu penyelesaian yang setakat ini berfungsi sekurang-kurangnya bagi saya. Rupa-rupanya, ketidakstabilan yang berlaku adalah disebabkan oleh interaksi yang tidak betul oleh Unity, driver GL dan juga kernel.

Untuk menyelesaikan masalah ini, mengemaskini versi kernel adalah sesuatu yang sangat-sangat dicadangkan dan ia berjaya menyelesaikan masalah saya.

Versi kernel bagi Ubuntu 11.04 ialah 2.6.38. Di sini saya akan menulis cara-cara memasang kernel 2.6.39 yang mungkin boleh menyelesaikan masalah anda.

1 - Buka terminal dan masukkan kata arahan di bawah;
sudo add-apt-repository ppa:kernel-ppa/ppa
sudo apt-get update
2 - Pasang kernel baru dengan kata arahan di bawah;
sudo apt-get install linux-headers-2.6.39-0 linux-headers-2.6.39-0-generic linux-image-2.6.39-0-generic --fix-missing


Sebaik sahaja selesai proses di atas, anda akan diminta untuk restart komputer anda supaya kernel baru boleh digunakan. Namun harus difahami apabila anda memasang kernel yang baru, semua patch pada kernel yang lama tidak berfungsi melainkan anda patch sekali lagi.

Imej dan rujukan di sini.

11 comments:

  1. Baru tau rupanya masalah ni. Ingatkan system hang atau hard disk kong. Toce

    ReplyDelete
  2. sayan nak tanya...dh  pakai ubuntu 11.04 ..kenapa bila saya nak format balik menggunakan cd boot ubuntu n windows...sistem tak baca punya cd tersebut...dalam dilema..cm mana nak buat...

    ReplyDelete
  3. kene ubah boot priority kat BIOS dalu..

    ReplyDelete
  4. owh.. tq~ tcari2 gak cmne nk off kn bnda ni...

    ReplyDelete
  5.  takat ni x de lagi problem tu. ok dah kot

    ReplyDelete
  6. nape ad kuar mcm ni..
    sudo apt-get install linux-headers-2.6.39-0 linux-headers-2.6.39-0-generic linux-image-2.6.39-0-generic --fix-missing
    Reading package lists... Done
    Building dependency tree      
    Reading state information... Done
    E: Unable to locate package linux-headers-2.6.39-0
    E: Couldn't find any package by regex 'linux-headers-2.6.39-0'
    E: Unable to locate package linux-headers-2.6.39-0-generic
    E: Couldn't find any package by regex 'linux-headers-2.6.39-0-generic'
    E: Unable to locate package linux-image-2.6.39-0-generic
    E: Couldn't find any package by regex 'linux-image-2.6.39-0-generic'

    ReplyDelete
  7. Ni boleh solvekan problem aku x?? harap2 boleh la.. http://www.facebook.com/video/video.php?v=113275298763278

    ReplyDelete
  8. Reading package lists... Done
    Building dependency tree       
    Reading state information... Done
    E: Unable to locate package linux-headers-2.6.39-0
    E: Couldn't find any package by regex 'linux-headers-2.6.39-0'
    E: Unable to locate package linux-headers-2.6.39-0-generic
    E: Couldn't find any package by regex 'linux-headers-2.6.39-0-generic'
    E: Unable to locate package linux-image-2.6.39-0-generic
    E: Couldn't find any package by regex 'linux-image-2.6.39-0-generic'

    tak boleh pun

    ReplyDelete
  9. kalau selalu hang boleh guna cara ni jugak ke?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...