Saturday, June 11, 2011

Menghasilkan Aplikasi Telefon Pintar Bagi Blog Anda Tanpa Pengetahuan Programming


Telefon pintar pada hari ini bukan lagi sesuatu yang asing atau terlalu magikal. Buktinya, semakin ramai yang mampu memiliki peranti telefon pintar samada yang menggunakan sistem operasi mobile Android, iOS, Symbian, Blackberry dan sebagainya. Selari dengan pekembangan itu, keperluan untuk menghasilkan aplikasi telefon pintar atau sekurang-kurangnya versi mobile semakin mendapat sambutan.

Sekiranya anda memiliki blog atau juga website dan inginkan pelawat anda yang menggunakan telefon pintar mengakses blog anda melalui aplikasi khas, anda perlu merasa bertuah kerana kini tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan sekalipun anda boleh menghasilkannya. Lebih hebat lagi, ianya 100% percuma!

Saya menemui satu perkhidmatan berasaskan web iaitu Conduit Mobile yang membolehkan pemilik blog mahupun website menghasilkan aplikasi khusus untuk blog mereka dengan mudah tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan. Namun begitu, perkhidmatan mereka buat masa ini masih lagi diperingkat beta dan jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya.

Sebelum menulis artikel ini, saya telah mencuba sendiri perkhidmatan Conduit Mobile ini dan pengguna hanya perlu membuka akaun untuk mula menghasilkan aplikasi.

Conduit mobile setakat ini menyokong banyak platform antaranya Android, iOS, Symbian, Blackberry, Windows Phone 7, malah termasuk Bada OS daripada Samsung.

Screenshot aplikasi percubaan bagi blog melayubuntu

Menariknya, pemilik blog boleh mengintegrasikan akaun facebook fanpage bagi blog yang dimiliki serta akaun twitter rasmi bagi blog tersebut. Ini membolehkan pembaca blog anda membaca setiap status yang anda postkan samada di blog, facebook fanpage, mahupun twitter menjadikan perkembangan anda sentiasa boleh di ketahui oleh pembaca.

Saya akan ulas lanjut berkenaan kualiti aplikasi yang terhasil sebaik sahaja aplikasi melayubuntu siap sepenuhnya nanti.

Semoga bermanfaat.

5 comments:

  1. Terbaik terganas terbaik terganas...

    ReplyDelete
  2. cam maharaja lawak plak..hahhaa

    ReplyDelete
  3. dulu zaman orang buat toolbar browser dengan coduit nih.. sekarang zaman orang buat apps pulak ngan conduit nih.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Dapatkan memori 50GB kapasiti simpanan foto, muzik, video dan apa sahaja untuk telefon anda secara percuma hari ini tanpa sebarang bayaran dari Gombug.net! Sebelum 31 Dec 2012 - http://adf.ly/4O5uz

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...