Posts

Showing posts with the label problem

Menyelesaikan Masalah Auto-LockScreen Dalam Ubuntu 11.04

Image
 Pengalaman saya menggunakan Ubuntu 11.04 ataupun Natty Narwhal, saya menghadapi satu masalah di mana skrin tiba-tiba menjadi hitam dan rupa-rupanya ubuntu telah memasuki sesi Lock Screen secara automatik tanpa sebarang amaran, petanda, atau disebabkan perlakuan pengguna. Saya mendapati kejadian seperti ini selalu terjadi apabila Processor komputer hampir mencapai tahap maksima penggunaan. Masalah kedua ialah, apabila ubuntu memasuki ke sesi  screensaver kerana komputer tidak digunakan untuk beberapa waktu tertentu (yang telah ditetapkan oleh pengguna), dan apabila pengguna ingin mengaktifkan kembali ubuntu mereka, tiba-tiba pengguna hanya mendapati skrin hitam yang tidak responsif. Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan mencuba pelbagai jenis cadangan yang terdapat di Internet bagi kedua-dua masalah di atas. Saya menemui satu penyelesaian yang setakat ini berfungsi sekurang-kurangnya bagi saya. Rupa-rupanya, ketidakstabilan yang berlaku adalah disebabkan oleh interaksi ...

Pengalaman Direct Upgrade Ubuntu 10.10 ke 11.04

Image
Apabila saya maksudkan direct upgrade, saya tidak maksudkan upgrade menggunakan Live CD Ubuntu seperti yang ditulis sebelum ini . Direct upgrade memerlukan anda memasukkan kata arahan update-manager -d dan prosesnya memerlukan anda memuatturun fail ubuntu yang ingin diupgrade secara terus (direct) menggunakan internet. Saya sama sekali TIDAK mengesyorkan anda menggunakan proses ini untuk memasang ubuntu 11.04 kerana beberapa sebab; 1. Ianya memerlukan internet yang pantas atau setidak-tidaknya kesabaran yang panjang. Sekiranya apa-apa berlaku ketika proses upgrade sedang berjalan (cth: blackout, poweroff, bla bla) banyak masalah akan timbul 2. Proses ini mempunyai kebarangkalian untuk merosakkan konfigurasi pengurusan software 3. Apabila ada masalah dikemudian hari, masalahnya sangat pelbagai bergantung kepada kondisi konfigurasi ubuntu anda sebelum proses upgrade dilakukan. Namun pada saya proses upgrade direct ini mempunyai kebaikan contohnya ia tidak membuang software y...

Penyelesaian masalah Policy Kit Authentication Agent dan Ubuntu Software Center dalam Lucid/Maverick

Image
Saya menghadapi masalah authentication pada Ubuntu Software Center iaitu setiap kali saya cuba memasang perisian menggunakannya, tidak ada sebarang proses memasukkan password berlaku dan sudah tentu perisian tidak akan terpasang proses tersebut. Saya menemui penyelesaian ini dalam forum ubuntu dan cara menyelesaikannya adalah seperti berikut; 1.Buka Startup Applications atau Ubuntu Tweak (mempunyai pilihan yang lebih banyak berbanding Startup Applications tapi cara penyelesaian tetap sama) 2.Pilih Policy Kit Authentication Agent. Kemudian klik butang Edit. 3.Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama dengan saya, anda akan melihat sesuatu seperti berikut; tertulis dalam ruangan Command : /usr/lib/kde4/libexec/polkit-kde-authentication-agent-1 4.Masukkan dalam ruangan command tadi : /usr/lib/policykit-1-gnome/polkit-gnome-authentication-agent-1  5.Save dan close. 6.Restart. Saya telah memeriksa masalah ini dan mendapati Policy Kit Authentication Agent KDE telah mengga...

Menyelesaikan masalah E: Sub-process /usr/bin/dpkg returned an error code (1)

Sekiranya anda menghadapai masalah E: Sub-process /usr/bin/dpkg returned an error code (1), amat sukar untuk menyelesaikannya dengan cara-cara yang biasa kita lakukan seperti sudo dpkg --configure -a. Fix broken packages juga tidak menyelesaikannya. Manakala cara menyelesaikannya pula agak berisiko. Lakukannya dengan berhati-hati dan anda faham apa yang anda sedang lakukan. Nasib baiklah risiko maksima yang harus ditanggung ialah memasang kembali ubuntu (takdelah teruk sangat risikonya). Cara-caranya; Delete (sudo rm) /var/lib/dpkg/info/"unwanted-package-name".postrm /var/lib/dpkg/info/"unwanted-package-name".list Disini, "unwanted-package-name" merupakan package yang menyebabkan masalah ini berlaku. Apabila masalah ini muncul, anda akan tahu package mana yang mendatangkan masalah. Kemudian; sudo apt-get clean all sudo apt-get update (lakukan ini 2 kali) sudo apt-get upgrade Nota : Untuk keselamatan, sila backup fail yang ingin anda delete terle...

Ailurus Computer Doctor menjadikan tulisan pada flash menjadi buruk? Ok, ini penyelesaiannya.

Tempoh hari saya ada menulis mengenai Ailurus 10.05 dengan fungsi computer doctor. Namun fungsi tersebut merosakkan tulisan pada flash. Hari ini apabila saya upgrade Ailurus ke versi terkini iaitu versi 10.06.8, ailurus sendiri menerbitkan satu fix untuk memperbetulkan masalah ini. Sekiranya anda salah seorang yang terkesan dari masalah ini, sila upgrade ailurus anda dan gunakan fungsi computer doctor untuk memperbaikinya. Semoga bermanfaat.

Gagal login YM dalam Empathy

Image
Selepas kemaskini aplikasi Empathy baru-baru ini, kelihatan muncul satu masalah iaitu pengguna gagal untuk login YM dalam empathy. Seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot disebelah, tidak ada sebab spesifik yang menerangkan masalah ini. Saya sedang mencari penyelesaian kepada masalah ini dan mungkin pihak ubuntu akan sekali lagi mengemaskini empathy untuk memperbaiki masalah ini. Bagi kipas susah mati YM, anda masih boleh menggunakan pidgin atau gyache untuk berchatting dengan rakan-rakan YM anda. Sekiranya ada tahu penyeleasaian kepada masalah ini, sila nyatakan di bahagian komen dibawah. Terima kasih =)

Mendapatkan kembali grub 2 dalam komputer anda [baiki masalah grub error]

Image
Ini adalah entry penting yang harus di bookmark sekiranya anda dualboot komputer anda. Saya pernah menulis perkara yang hampir sama sebelum ini tetapi memandangkan sejak ubuntu karmic menggunakan grub versi 2, maka caranya juga telah berubah. Anda berpotensi mempunyai masalah dengan grub sekiranya anda memasang sistem operasi lain ke dalam komputer yang mempunyai sistem operasi ubuntu atau dengan sambil lewa mencuba sesuatu yang boleh membunuh si kucing.hehe.. Setakat ini saya belum mengalami masalah grub kerana komputer saya adalah 100% ubuntu sahaja. Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dengan grub, sila cuba cara dalam entry ini. 1.Anda perlukan ubuntu live cd (atau apa-apa linux live cd). Masukkan ke dalam tray dan boot ke dalam live cd. 2.Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut; a.kata arahan ini ialah untuk mencari partition mana sistem operasi ubuntu anda berada. sudo fdisk -l katakan sistem ubuntu berada dalam partition sda1 b.kata arahan kedua akan mount...

GNOME jadi buruk lepas update ubuntu?

Image
Pagi ini, saya mendapati GNOME sekali lagi menjadi "buruk" selepas proses update. Saya memang agak gelabah kerana satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut yang saya tahu ialah reformat ubuntu. Namun hari ini berbeza. Saya nekad untuk menyelesaikannya dengan menggali khazanah yang ada dalam ubuntu forum . Mujurlah saya bertemu dengan penyelesaiannya. Percaya atau tidak yang penyelesaian bagi masalah ini hanyalah 1 command?? Jauh betul beza antara reformat dan 1 command kan? Saya menemui penyelesaiannya dalam thread ini di ubuntu forum. Caranya ialah memasukkan command berikut kedalam terminal; sudo rm -f /usr/lib/libvisual-0.4/actor/actor_nastyfft.so Saya harap ia dapat membantu. Respon ke ruangan komen samada berjaya atau tidak.

Masalah Gnome dan KDE dalam satu 'Ubuntu'

Image
Ini ialah satu masalah yang membuatkan hati gua begitu ngilu (tiru ayat kumprinx ). Mengapa tiba-tiba KDE cuba mengantikan Gnome dalam sesi Gnome, dan apabila ia gagal, tema default ubuntu tiba-tiba hilang digantikan dengan tema yang buruk bersama ikon yang buruk. Bukan itu sahaja, setting tertentu bagi current user tidak di load dengan sempurna dan kesemua perisian yang menggunakan GTK kelihatan hodoh dengan tema yang tidak boleh diubah! Masalah ini hanya berlaku jika saya install KDE kedalam ubuntu yang menggunaan Gnome. Sehingga sekarang, saya memang blurr tentang penyelesaian dan tidak tahu lansung apakah punca kepada masalah ini. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh fail .gtkrc-2.0-kde secara 'ajaibnya' menggantikan .gtkrc-2.0. Namun saya dapati (bagi kes saya) kedua-dua fail berkenaan tidak wujud lansung dalam sistem saya! Oleh itu saya berfikir beberapa perkara yang seharusnya difikirkan oleh pembangun ubuntu dan pembangun perisian linux iaitu; 1)Aplikasi recovery. Jika s...

Celcom broadband + Huawei E220 modem + ubuntu hardy heron

Image
Saya baru-baru ini membeli sebuah modem huawei E220 dan mendaftarkan diri sebagai pengguna celcom broadband. Segalanya tidak begitu lancar apabila abang pengedar (apa ek nak panggil) celcom broadband merangkap penjual hanset beserta modem itu tak tahu menahu apakah itu mac osx. Begini bentuk berbualan yang berlaku; Aku : Bro, huawei e220 ni support apple computer tak? Abang tu : Apple computer? Huh, ntah la. Bendaper tuh? NOTE : Psikologi aku agak terganggu bila orang jawab soalan dengan soalan. Aku : Yelah, yang ko guna skrg ni windows kan, huawei ni support mac osx x?? Maksud aku ada tak cd ke driver khasuntuk mac osx ke?? Abang tu : Xde cd la bro. Dia auto detect! Aku : Ok, skrg ni aku bawak macbook sbijik. Apa kata kite test betapa autodetect nyer modem huawei nih. Kebaboom. Sekali xbleh!! haha. Kemudian saya balik kerumah bersama dengan huawei E220 (RM499) dan disuruh menunggu selama 24 jam untuk membolehkan saya menggunakan perkhidmatan celcom broadband. Adik saya pun pelik (saya...

Gagal connect melalui streamyx dalam ubuntu?

Image
Herm..kelihatan terdapat beberapa pengguna yang gagal untuk access internet melalui streamyx dan mendapat error seperti dalam screenshot diatas (sorry afiq, aku guna screenshot ko). Apabila ditanya, ternyata error diatas biasanya muncul bagi kes pengguna yang menyambungkan modem ke lebih dari satu komputer. Saya bukan pengguna streamyx dan oleh itu saya bukan orang yang layak untuk menyelesaikan masalah ini. Ada cadangan untuk selesaikan masalah ini amatlah dialu-alukan! UPDATE Komen dari alhakim ; klu modem tu direct ke router, dan komputer lain connect ke router, aku rasa cuba jalan senang dulu gunakan network manager. System -> Administration -> Network. Unlock pastu klik pada Wired connection, uncheck Enable roaming mode, tukarkan Configuration kepada Automatic configuration (DHCP). Klik ok. pastu dia akan try connect ke router. try ping ke router. klu berjaya try plak ping ke google.com atau yahoo.com ke. Waktu kat Universiti aku takde masalah langsung. Aku guna Ubuntu conne...

Firefox 3 lembab dalam hardy heron? Ini penyelesaianya!

Image
Ramai yang mengeluh mengapa pembangun ubuntu menggunakan firefox 3 beta 5 sebagai browser utama sedangkan ianya masih diperingkat beta dan banyak pula 'songehnya'. Ternyata keluhan tadi ada asasnya kerana firefox 3 beta 5 (dan kemudian terupdate ke versi release candidate) ternyata mempunyai satu kelemahan yang sangat nyata iaitu melembabkan komputer! Jika anda menggunakan firefox untuk beberapa ketika (dengan agak lama), dan kemudian anda periksa system monitor (system - administration - system monitor), anda akan dapati firefox menyebabkan komputer menggunakan hampir 100% resources processor anda. Teori & Penyelesaian. Sila pergi ke; /home/NAMAUSER/.mozilla/firefox/IDUSER.default dan anda akan temui 1(atau 2) file yang bernama urlclassifier3.sqlite (dan urlclassifier.sqlite-journal - jika ada). Periksa saiz file ini dan jangan terkejut jika ia bersaiz 20MB keatas - saya punya 40MB! Fungsi baru dalam firefox3beta5 untuk mengenalpasti website berbahaya, forgery, phishin...

Masalah PulseAudio dalam hardy heron (update)

Image
Jika anda perasan, dalam hardy heron anda tidak boleh memainkan flash dan video atau perisian audio dalam satu masa. Sekiranya anda cuba berbuat demikian, anda akan hanya dapat mendengar audio untuk perisian yang lebih dahulu dirun. Lebih buruk lagi, jika anda sudahpun membuka browser dan melayari youtube kemudian cuba untuk memainkan video menggunakan totem media player (misalnya), anda akan dapati video tersebut tidak boleh dimainkan secara normal dan tersekat-sekat (macam slideshow). Audio sudah tentu tidak ada! Semua masalah diatas disebabkan oleh PulseAudio, satu fungsi baru dalam hardy heron. Biarpun ubuntuos.com menamakan pulseaudio sebagai penyelesai kepada mimpi ngeri linux audio , namun saya tidak nampak kebenaran artikel tersebut. Bagi saya pulseaudio adalah satu mimpi ngeri kepada reputasi ubuntu yang sebelum ini work out of the box! Dengan kata lain, pulseaudio is sucks! Ianya mengunci audio anda hanya untuk satu perisian dalam satu masa. Tidakkah itu sangat merimaskan? Da...

Masalah semasa connect ubuntu ke phone melalui bluetooth

Image
Kelihatannya masih ada sesuatu yang masih tidak lengkap pada fungsi bluetooth dalam ubuntu.Ketika saya membaca tulisan bro senyuman berkenaan cara untuk konfigurasi bluetooth dalam ubuntu , ia kelihatan mudah lalu saya mengabaikannya.Lagipun saya tersangatlah jarang connect nokia N73 saya kepada mana-mana komputer melalui bluetooth kerana proses pemindahan data lebih senang melalui miniSD(bagi saya la). Namun ketika diajukan soalan oleh seorang pembaca(melalui ym) semalam membuatkan saya terfikir untuk mencuba tutorial tulisan bro senyuman.Namun nasib saya kali tidak begitu baik dan saya mendapat error seperti image dibawah; Saya juga telah cuba mengikuti tutorial dalam ubuntology disini .Namun masih lagi tidak berhasil.Apapun saya dapat ilmu baru melalui tutorial tersebut iaitu terdapat sebuah perisian bernama bitpim yang berfungsi seakan PC Suite bagi Nokia. Masih lagi mencari penyelesaian bagi masalah ini.Ada apa-apa idea untuk dikongsi?Sila nyatakan dalam ruangan komen dibawah.Semo...