Posts

Showing posts with the label tshirt

Tshirt Ubuntu Utopic Unicorn 14.10

Image
Ceritanya, aku dah lama tak buat tshirt ubuntu. Tshirt yang aku buat dulu yang "Real Men Don't Use Antivirus" itupun entah ke mana hilang. Jadi agak susah kalau nak cari tshirt untuk dipakai ke sesi ngeteh bebudak geek. Akhirnya aku buatlah satu tshirt seperti dibawah : So siapa berminat dengan tshirt ini boleh email aku di zul.malc at gmail dot com. Aku hanya cetak 50 helai dengan saiz-saiz yang agak limited.

Hangatkan pelepasan Ubuntu 10.10 dengan Tshirt istimewa Maverick Meerkat!

Image
Sahabat saya, sdr Yuzeri Yusoff meminta saya mengemaskini makluman ini bahawa beliau sedang membuka tempahan tshirt ubuntu yang di design khas untuk versi ubuntu yang bakal dilepaskan iaitu Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat! Berikut merupakan design tshirt yang boleh anda pilih untuk ditempah; Tertarik? Cara Membuat Tempahan Sila rujuk kepada pautan berikut untuk membuat tempahan : http://www.box.net/shared/x4tb0a808f Sebelum terlupa, harga adalah RM35 termasuk penghantaran.

Tempah Tshirt Ubuntu Round 2

Image
Tshirt ini merupakan kesinambungan dari entry lepas (klik untuk rujuk) dan saya harap kali ini tidak ada lagi peminat yang ketinggalan. Bagi round ke 2 ini, saya menggunakan sistem tempahan yang agak berbeza dengan yang terdahulu selepas belajar dari beberapa kesilapan pengurusan secara manual yang memerlukan ketelitian yang lebih. Kali ini sistemnya agak mudah untuk diuruskan oleh saya dan saya harap kesilapan teknikal boleh dielakkan atau dikurangkan. Untuk membuat tempahan tshirt untuk round ke 2 ini sila ke URL berikut: http://faibre.com/Feature/tshirt-ubuntu-hitam/ Untuk membuat tempahan, anda perlu mengikuti flow berikut; Harga bagi satu tshirt TIDAK termasuk kos penghantaran = RM25 Beli 5 helai ke atas anda akan menikmati kos penghantaran PERCUMA. Tshirt belum dicetak. Pre Order ini adalah untuk mengumpul saiz dan bilangan sahaja. Selepas membuat tempahan anda boleh memilih untuk terus membayar (dan tempahan anda disahkan) atau memilih untuk membayar apabila anda diara...

Tshirt siap, dihantar mulai minggu hadapan [Update]

Image
Tshirt ubuntu yang diwar-warkan dalam entry sebelum ini telah siap dicetak sepenuhnya dan akan dihantar mulai minggu hadapan. Perhatian kepada yang tidak sempat membuat tempahan sebelum ini, saya akan "sudo apt-get autoremove" limited-edition supaya tshirt ini dapat dipakai oleh semua peminat ubuntu yang membaca melayubuntu. Saya akan menghantar tshirt ini kepada semua yang telah membuat tempahan dan membayar dan jika ada stock kosong saya akan umumkan dalam samada blog ini ataupun fan page melayubuntu di facebook . Sekiranya anda telah membayar dan stock telah kehabisan, saya akan maklumkan kepada anda hal tersebut dan saya akan membuat pembayaran balik duit yang telah anda bayar (atau saya akan buat cetakan baru tshirt ini dan menjamin anda akan dapat memakainya sebelum aidilfitri). UPDATE : Stok yang masih available (Sila tempah dan buat pembayaran segera) S - 2 helai M - 6 helai XL - 10 helai 2XL - 5 helai Terima kasih. --- Melayubuntu

Tempahan tshirt ubuntu limited edition

Image
Yang ditunggu sudah tiba. Tempah tshirt ubuntu ini secepat yang mungkin. Download maklumat detail berkenaan tshirt : Klik butang dibawah untuk membuat tempahan : Saya menasihati anda supaya membuat tempahan segera jika tidak mahu ketinggalan. Rekod saya sebelum ini menunjukkan 120 helai tshirt habis ditempah dalam 4 hari sahaja. Jangan lupa klik butang recommend dibawah =).

Tempah Tshirt Ubuntu dan Fedora Sempena FOSS.MY 2008

Image
Saya dan Bro Wariola sedang mengusahakan jualan Tshirt Ubuntu dan Fedora sempena FOSS.MY 2008 . Berita baik kepada mereka-mereka yang belum mendapatkan tshirt ubuntu edisi sebelum ini kerana kali ini saya dengan kerjasama bro wariola telah menempah 200 helai tshirt ubuntu dan 200 helai tshirt fedora. Saya mengekalkan konsep tshirt sebelum ini dengan melakukan sedikit perubahan dari segi penggunaan font. Tshirt adalah bewarna putih dengan corak seperti dibawah. Manakala Tshirt Fedora pula tampil dengan style berkolar dengan 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih (rujuk laman web pre-order). Harga bagi thirt ubuntu ialah RM21 sehelai dan setiap helai pembelian seringgit daripadanya akan disumbangkan ke tabung Komuniti Ubuntu Malaysia. Bagi Tshirt Fedora pula, jika anda membuat pre-order, harga promosi bagi sehelai ialah RM35 (hitam @ putih) dan jika anda beli pada event FOSS.MY nanti harganya menjadi RM40 sehelai. Sedikit keuntungan dari tshirt fedora juga akan disumbang ke tabung kom...

Tshirt ubuntu : Siap dan bersedia untuk di Pos!

Image
Hari ini,23hb9 2008, saya menerima satu bungkusan besar berisi 120helai tshirt ubuntu. Saya mungkin akan disibukkan dengan aktiviti mengepos dalam sehari dua ini. Oleh kerana saya menerimanya 2 hari lewat dari yang dirancang, saya membuat keputusan untuk menggunakan pos ekspress untuk tujuan pengeposan. Kaedah ini akan menjimatkan masa disamping memudahkan kerja saya menguruskan hampir 70 tempahan! Saya akan cuba sedaya upaya mengepos kesemua baju sebelum hari raya dan saya harap ia akan sampai sebelum aidilfitri.

Tshirt ubuntu : Update Harga!

Saya telah cuba mendapatkan harga print tshirt yang paling murah untuk para pembeli ( rujuk sini ) dan hasilnya saya berpuas hati dengan harga yang saya letak untuk tshirt tersebut. RM23! Untuk pengetahuan pembaca dan pembeli, tshirt yang saya tempah tersebut menggunakan 5 warna dan menggunakan kualiti kain yang agak bagus 80%cutton (tebal dan tidak mudah kecut). Berbalik kepada isu kos. Insyaallah saya akan menggunakan perkhidmatan poslaju dan anda boleh memeriksa rate harga poslaju disini . Contohnya, jika sehelai tshirt + pembungkus mempunyai berat 0.5kg, maka kos untuk poslaju = RM4.50 bagi semenanjung malaysia. Seperti yang saya maklumkan dalam email pembeli, tshirt akan siap dalam tempoh 2minggu dari sekarang dan saya akan maklumkan tentang cara pembayaran melalui email. Tunggu dan enjoy!

Tempah tshirt ubuntu anda sekarang!

Image
Entri ini berkaitan dengan artikel terdahulu [ rujuk ]. Tempahan untuk baju ubuntu [imej diatas @ klik sini untuk versi high res .] secara rasminya dibuka hari ini. Saya dengan bantuan seorang rakan telah menempah 100helai pertama tshirt ubuntu dengan membuat anggapan taburan saiz baju adalah S-5, M-40,L-40, dan XL-15. Semua tshirt adalah berwarna putih tanpa kolar dan berlengan pendek. Saya masih mempertimbangkan tentang harga tetapi saya jamin ia tidak akan melebihi RM25 sehelai [tidak termasuk kos penghantaran.] Cara membuat tempahan. Siapkan maklumat berikut; Nama (nama penuh anda): Alamat (untuk tujuan penghantaran) : No Telefon (yang paling digunakan) : Email (yang anda check setiap hari) : Saiz baju (samada S, M, L, atau XL) : Kuantiti (sila nyatakan saiz dan kuantiti jika lebih dari sehelai) : dan hantarkan ke email : tshirt.malc {at} gmail.com --->rujuk sidebar. Saya akan kumpul dan uruskan soal tempahan yang dibuat dan kemudian saya akan maklumkan kepada pembeli ten...

Design terakhir t-shirt ubuntu sebelum printing

Image
UPDATE : Untuk tempahan sila klik - Tempahan . Setelah melihat kepada respon yang diterima dari design terdahulu , saya membuat keputusan mengubah sedikit sebanyak dari design asal dan hasilnya dapat anda lihat dalam imej diatas. Saya membuat keputusan menggunakan design ini untuk tshirt tanpa kolar. Antara perubahan yang saya lakukan ialah menukar font untuk beberapa kategori perkataan, memasukkan perkataan bahasa melayu, dan menyusun kembali perkataan-perkataan kecil mengikut argorithm rambang (hehe). Perubahan lain yang boleh anda kesan ialah menambah perkataan "ubuntu malaysia" dibahagian belakang tshirt yang saya rasa agak sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri ke"malaysia"an. Design terakhir ini berkonsepkan; professional-casual mesej (melalui perkataan-perkataan) komuniti Pandangan? UPDATE : Versi "linux for human beings" - High Res!

Eksperimen Inkscape : Konsep T-Shirt Ubuntu

Image
©All Right Reserved Saya cuba membuat satu design tshirt untuk ubuntu menggunakan inkscape berdasarkan kepada template tshirt rekaan GoPurify . Hasilnya adalah seperti diatas. Buat masa ini, rekaan diatas hanyalah konsep dan masih tidak siap sepenuhnya. Saya masih tidak berpuas hati kepada adunan warna dan kewujudan 3 belang yang mungkin menimbulkan isu kerana ia kelihatan seperti trademark Adidas. Selain itu, jika anda perasan simbol ubuntu dibahagian depan itu saya pusingkan (rotate) supaya sudut-sudutnya seiring dengan corak yang mengelilingi. Erm.. boleh ke camtu?? Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan konsep ini yang pada saya menepati keseimbangan rekaan, simple, kemas dan saya agak teruja untuk memakai tshirt seperti ini. Hehe.. Ada pendapat??