Posts

Showing posts with the label tema

Tema Elementary Untuk Firefox

Image
.. Teme Elementary Untuk Firefox (tanpa menu bar) Jika anda memakai tema Elementary untuk ubuntu anda, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba tema elementary untuk firefox. Pada pendapat saya ia sesuai untuk mereka yang mempunyai skrin yang kecil (seperti netbook) kerana ia akan meluaskan lagi view website yang anda layari. Dan ia nampak lebih kemas. Pada gambar di atas, menu bar telah di simpan, hanya url bar, nav bar dan tab sahaja wujud. Gambar di bawah ini pula menu bar yang tidak di simpan. Sebaik sahaja anda memasang tema ini, menu bar akan terus disimpan. Bagi mengembalikannya, anda hanya perlu Right Click pada icon nav bar (yang ada home, next, previous) dan pilih menu bar. Berminat?   Anda boleh download di sini via: deviant art Sekian: p/s: dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan diperbanyakkan rezeki..insyaAllah. damhamaza

Memasang tema Ubuntu Maverick Beta dalam Lucid Lynx

Image
Blog Design@Canonical telah mengumumkan kemaskini terhadap tema ubuntu-light yang bakal tampil dalam Ubuntu Maverick Beta. Paling penting ialah, kini pengguna ubuntu boleh mencuba tema ini dalam ubuntu lucid lynx. Anda boleh memuatturun tema ini di :  http://people.ubuntu.com/~stefanor/light-themes/ atau menambah ppa sudo apt-add-repository ppa:murrine-daily/ppa kemudian memasang 2 pakej iaitu gtk2-engines-murrine dan light-themes Selamat mencuba.

Icon Set Menarik Untuk Ubuntu

Image
Bagi mereka yang suka akan penampilan desktop/os masing - masing, Icon boleh dikatakan menjadi penyumbang utama dalam memastikan os/desktop kita nampak menarik dan sedap mata memandang. Dulu masa zaman windows 7 / xp, memang selalu lah tukar icon and perangai ni terbawa - bawa pula ke Ubuntu. Satu perkara yang pasti, nak tukar icon di Ubuntu lagi senang daripada Window 7, sebab, tak perlu install extra application macam iconpackager. Ubuntu just drag and drop, senang kan? Klik pada nama icon untuk download. Cara memasangnya pula, buka Appereance (System > Preference > Appereance), kemudian drag icon tadi ke appereance berkenaan. Klik customize  dan pilih tab Icon untuk memilih ikon kegemaran anda. Selamat Mencuba. 1. Area 2. Kamel 3. Somatic 4. Buuf 5. Square Dock 6. Snowish 7. Amora 8. All Black p/s: yang mana satu jadi pilihan hati? ;-)

Pasang Tema Untuk Empathy

Image
Hai, Salam perkenalan. Untuk posting  pertama di sini, saya ingin berkongsi dengan anda cara - cara untuk memasang tema bagi chat system  Empathy (yang merupakan default application  dalam ubuntu 10.04). Tema yang ada sekarang ini di Empathy dah nampak ok, tapi agak plain  sikit. Takda seri orang kata ;-).