Posts

Showing posts with the label kata arahan

Menggantikan apt-get dengan apt-fast untuk kepantasan

Image
Pengetahuan spesifik tentang apt-get dan aplikasinya adalah esklusif kepada pengguna linux debian. Pengguna ubuntu biasanya menggunakan kata arahan apt-get untuk memuatturun paket-paket program daripada pelayan yang ditetapkan untuk proses samada pemasangan perisian (apt-get install), kemaskini (apt-get update) mahupun naiktaraf (apt-get upgrade). Namun sekiranya proses apt-get tersebut tidak cukup pantas bagi sambungan internet anda, pengguna ubuntu sebenarnya mempunyai satu lagi altenatif yang berbaloi untuk dicuba iaitu apt-fast. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna haruslah melalui proses berikut; 1) Pasang pakej Axel sudo apt-get install axel 2)Masukkan kata arahan berikut seterusnya sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net sudo apt-get update sudo apt-get install apt-fast Selesai pemasangan ini, barulah pengguna boleh menggunakan apt-fast untuk proses memuatturun paket-paket perisian daripada pelayan. Artikel & Imej : http://www.addictivetips.com

7 kata arahan yang memudahkan hari anda bersama ubuntu.

Menggunakan ubuntu, anda sebenarnya tidak dapat lari dari menggunakan terminal. Sebab utamanya ialah kerana terminal memudahkan kerja anda dan bukannya menyusahkan. Kesilapan tanggapan pengguna ubuntu yang baru apabila mengatakan penggunaan terminal menyusahkan mereka sedangkan dengan menggunakan terminal, kita hanya perlu memasukkan kata arahan dan tekan Enter pada keyboard. Persoalannya, adakah kata arahan itu perlu difikirkan terlebih dahulu? Tidak! Kerana blog ini misalnya memberikan anda kata arahan tersebut dan anda hanya perlu copy paste sahaja kata arahan tersebut ke dalam terminal kemudian tekan Enter . Sekiranya anda masih mempunyai tanggapan bahawa penggunaan terminal itu menyusahkan, hari ini saya ingin senaraikan kata arahan yang paling biasa digunakan dalam ubuntu supaya anda dapat baca, ingat, faham dan boleh menggunakannya dikala diperlukan. sudo apt-get update Kata arahan ini berfungsi untuk memeriksa kemaskini paket perisian dalam ubuntu. Ia biasanya digunakan ke...