KOSTEM : Jom Realitikan
KEMASKINI 7/09/2011 Bakal anggota dari Selangor telah mencapai minima yang diperlukan. Terima kasih kepada anda semua. --- Sudah hampir empat bulan setelah entri pengenalan KOSTEM di blog Ubuntu Untuk Malaysia ini. Dan saya akui, empat bulan merupakan satu tempoh yang sedikit lama untuk mengemas kini apa yang terbaharu berkenaan KOSTEM. Sudah daftar kah? Perniagaan telah dijalankan kah? Sudah ada keuntungan kah? :) Untuk pengetahuan pembaca dan bakal stakeholder , KOSTEM masih tidak lagi berdaftar sebagai satu koperasi yang sah untuk beroperasi. Ini kerana kami mengalami beberapa halangan kecil yang merencatkan proses tumbersaran menjadikan KOSTEM entiti yang sah beroperasi di Malaysia. Sedang gigih menyiapkan slaid pembentangan KOSTEM pada MOSC 2011 yang baru berlalu. Dek kerana kesilapan teknikal, terpaksa buat balik... Pada pandangan peribadi saya, perkara yang menjadikan KOSTEM masih tidak dapat didaftarkan adalah mereka yang berminat masih tidak mencapai minima yang telah digari...