Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
Sirih berlipat sirih pinang,Apabila saudara Zul memberi kebenaran kepada untuk menulis di dalam Ubuntu Untuk Malaysia ini, terasa gugup seketika. Ya lah, blog yang mempunyai pengikut dan trafik yang tinggi macam ni, layakkah untuk diri ini mencoret untuk berkongsi sekelumit ilmu yang ada? Terasa kerdil bak seekor semut hitam yang berjalan di atas seketul batu hitam di tengah-tengah malam yang gelap.. Oh, mampukah diri ini?... Ok, cukup monolog yang tak kemana itu :)
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Diringkaskan cerita, saya lebih dikenali di dunia maya dengan panggilan MakLaN. Dan kemunculan di blog untuk membawa satu cerita yang penuh berhajat..
Pendahuluan KOSTEM
Pada awal Oktober 2010, semasa berbincang mengenai topik 'OSDC.my Master Plan' di mailling list OSDC.my, salah seorang ahli perbincangan iaitu Saudara Lutfi telah membangkit isu bagaimana untuk menjana ekonomi ahli-ahli komuniti FLOSS di Malaysia. Jadi beliau telah mencadangkan agar satu koperasi ditubuhkan sebagai platform untuk komuniti menjalankan aktiviti menjana ekonomi.
Cadangan itu disambut baik dan masing-masing menunjukkan sokongan terhadap idea tersebut. Lalu, setelah kurang lebih sebulan berbincang secara 'tumpang' di mailling list OSDC.my dan telah mengumpul nama-nama mereka yang berminat dengan Koperasi OSS (nama sementara ketika itu), maka mailling list (Google Groups) khusus untuk perbincangan berkenaan koperasi yang bakal ditubuhkan. Bermula dari situ perbincangan semakin rancak dengan topik pertama mencari nama rasmi bagi koperasi tersebut. Setelah cadangan demi cadangan dan undian dilakukan maka Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad, atau ringkasnya KOSTEM, telah dipilih sebulat suara.
Perbincangan diteruskan dengan pencarian motto, logo dan yang berkaitan.
Logo KOSTEM yang telah direka oleh ApOgEE
Mencari Permata di Laut Yang Luas
Kini, setelah hampir 7 bulan berbincang dan telah berjumpa secara luar talian di HackerspaceKL pada Mac lepas, KOSTEM semakin hampir dengan detik kewujudannya secara rasmi. Ahli Jawatankuasa Penaja telahpun dilantik, yang mana mereka dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal-hal bersabit permohonan penubuhan koperasi, merangka aktiviti/perniagaan yang akan dijalankan, hinggalah menguruskan Mesyuarat Agung Pertama KOSTEM.
Walaupun semuanya dilihat berjalan lancar, namun apalah gunanya segenap masa yang digunakan untuk berdiskusi dan brain storming untuk merealitikan koperasi - yang mungkin satu satunya di dunia yang mengadaptasi model koperasi sebagai cabang perniagaan - ini tanpa sokongan daripada komuniti Sumber Terbuka di Malaysia.
Untuk menubuhkan sesebuah koperasi, antara syarat-syarat yang perlu adalah mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 orang bakal anggota. Kami sedang mencari mereka yang berminat dengan KOSTEM, dan mahu satu perubahan di dalam komuniti FLOSS di tanah air, agar idea ini dapat direalisasi. Mana-mana bahagian di seluruh Malaysia dialu-alukan untuk mendaftar di kalangan 50 orang yang terawal, namun sekiranya anda berada di Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah lebih baik. Ini kerana koperasi ini bakal beroperasi di kawasan tersebut, bergantung pada mana-mana yang memenuhi kuota dahulu. (Antara syarat-syarat penubuhan koperasi seperti digariskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah anggota berada dalam satu tempat yang sama/kawasan kerja/minat/aktiviti dan lain-lain.)
Mulakan Langkah Pertama
Anda yang berminat boleh melengkapkan butir-butir peribadi di dalam borang yang telah disediakan:
Ketika artikel ini ditulis, kami telah mendapat lebih kurang 2/5 daripada jumlah mereka yang berminat dengan KOSTEM. Dan sasaran ini semakin hampir dengan jumlah asas yang diperlukan untuk menubuhkan koperasi.
Epilog
Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad mungkin salah satu idea daripada beratus-ratus idea dan cadangan yang lebih baik untuk memajukan ekonomi komuniti. Sama ada ia akan wujud secara rasmi, atau sebaliknya, bergantung pada komuniti yang menentukan. Saya dan mereka yang telah bersama-sama menyumbangkan sedikit input untuk KOSTEM berharap agar anda, komuniti di luar sana bersama-sama dalam langkah ini bagi memartabatkan lagi Sumber Terbuka di dalam negara.
Info:
Wiki KOSTEM : http://bit.ly/wiktem (mengumpulkan hasil perbincangan)
Mailling list KOSTEM : http://bit.ly/KOSTEM (jangan segan-segan untuk menyertai perbincangan)
Emel/Nota berkenaan KOSTEM : http://www.facebook.com/note.php?note_id=220459047971624 (emel yang dikirimkan ke mailling list OSDC.my)
alamak..aku suka la ko punyer entry...pantun tu pun aku suka..hahaha
ReplyDeleteGood luck :)
ReplyDeleteBila orang berlatar belakangkan sastera berbicara.. Hehe...
ReplyDeletekawteam..dah register!
ReplyDeleteidea yang menarik. aku dari muar boleh masuk kah???
ReplyDeleteIsi je borang dulu :)
ReplyDeleteseronok part intro tu...:)
ReplyDeleteSalam hormat
ReplyDeletePermohonan untuk menjadi anggota Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad boleh dibuat di laman web http://kostem.ledger.my/?q=ms/node/4