KOSTEM : Mengkoperasikan Sumber Terbuka di Malaysia
Assalamu'alaikum & salam sejahtera. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara . Apabila saudara Zul memberi kebenaran kepada untuk menulis di dalam Ubuntu Untuk Malaysia ini, terasa gugup seketika. Ya lah, blog yang mempunyai pengikut dan trafik yang tinggi macam ni, layakkah untuk diri ini mencoret untuk berkongsi sekelumit ilmu yang ada? Terasa kerdil bak seekor semut hitam yang berjalan di atas seketul batu hitam di tengah-tengah malam yang gelap.. Oh, mampukah diri ini?... Ok, cukup monolog yang tak kemana itu :) Diringkaskan cerita, saya lebih dikenali di dunia maya dengan panggilan MakLaN. Dan kemunculan di blog untuk membawa satu cerita yang penuh berhajat.. Pendahuluan KOSTEM Pada awal Oktober 2010, semasa berbincang mengenai topik ' OSDC.my Master Plan ' di mailling list OSDC.my , salah seorang ahli perbincangan iaitu Saudara Lutfi telah membangkit isu bagaimana untuk menjana ekonomi ahli...