Posts

Showing posts with the label buku

Buku pertama, Mudahnya Twitter kini di pasaran

Image
Alhamdulillah, buku pertama saya telah pun terbit menemui pembaca minggu lepas di Pesta Buku Antarabangsa 2012. Buku bertajuk Mudahnya Twitter ini memuatkan panduan ringkas kepada bakal-bakal pengguna Twitter yang baru untuk berjinak-jinak dengan dunia mikroblog paling terkenal iaitu Twitter. Perancangan awalnya saya dengan pihak penerbit iaitu PTS Netmedia Sdn Bhd ialah untuk menerbitkan buku berkaitan sistem operasi Ubuntu. Saya telah siapkan proposalnya dan ia telah diluluskan. Namun oleh kerana sebab-sebab yang tidak mengizinkan, saya memilih untuk menulis buku yang simple, ringan dan santai terlebih dahulu. Buku Mudahnya Twitter ini berharga RM10 sahaja dan sekiranya pembaca membeli Online di Kedai Buku PTS, ianya hanya RM8.50 ( http://www.bookcafe.com.my/en/gadget-perisian-and-komputer/mudahnya-twitter-en.html ) Insyaallah, di masa akan datang sekiranya diizinkan tuhan, saya bercadang untuk menulis tentang banyak benda tentang dunia IT dan salah satunya ialah buku panduan...

Buku komputer dalam Bahasa Malaysia - Renaissance yang tertangguh

Ilmu yang tidak ditulis akan lenyap. Bahasa yang tidak ditulis tidak akan wujud. Sesiapapun akan bersetuju dengan 2 frasa di atas. Bersetuju bukan kerana ia ditulis oleh saya atau bukan kerana atas dasar ikut-ikut orang. Tetapi kita bersetuju dengan 2 frasa di atas kerana kita mempunyai cukup bukti dan ianya selari dengan logik akal yang waras. Ketika saya menyuarakan hasrat untuk menulis buku ubuntu dalam Bahasa Melayu tiba-tiba kawan saya melontarkan satu pertanyaan. "Untuk apa menulis dalam bahasa melayu? Bukankah perkara berkaitan IT lebih senang ditulis dalam Bahasa Inggeris?" Ya, benar. Mereka berkata, Bahasa Inggeris adalah bahasa kepada dunia IT. Sesiapapun mengangguk dengan "fakta" ini. Namun sejarah tidak pernah lupa bahawa ilmu sains perubatan, astronomi, matematik, kimia semuanya bukan berasal dari Bahasa Inggeris. Semua ilmu itu berasal dari peradaban Islam yang telah mencetuskan Renaissance di eropah sehinggalah orang eropah terpaksa belajar ba...

Download Ebook The Official Ubuntu Book, 5th Edition

Image
Oleh kerana dalam kandungan buku ini tertera; This book is published under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license . saya rasa ianya tidak mengapa jika ia dikongsikan disini bersama peminat, pengguna dan juga pembaca yang ingin mengenali ubuntu. Untuk download Ebook ini, sila klik URL berikut; Download The Official Ubuntu 5th Edition Namun sekiranya anda ingin membeli versi yang dicetak, anda boleh berbuat demikian di ; http://www.amazon.com/Official-Ubuntu-Book-Benjamin-Mako/dp/0137081308  (bukan link affliate, ok?) Sila share ebook ini (dan blog ini) bersama rakan-rakan anda yang belum mengenali ubuntu. Untuk dapat update terkini pasal ubuntu seperti ini, sila follow melayubuntu di twitter @melayubuntu .

Download "Ubuntu Pocket Guide and Reference" secara percuma

Image
Jika anda membaca tentang Ubuntu Kung Fu, anda sepatutnya mengenali Keir Thomas iaitu penulisnya yang telah berjaya mengumpulkan hampir 300 tips dan tricks untuk ubuntu. Kini beliau muncul lagi dengan buku terbaru iaitu Ubuntu Pocket Guide and Reference . Buku ini memfokuskan; kompetensi dan pengetahuan asas ubuntu yang diperlukan untuk menjadi pengguna ubuntu yang pro boleh dibaca, dicapai dan mudah difahami walaupun anda belum pernah membaca dan menggunakan linux sebelum ini 100% baru dan Ori. Menrangkumi ubuntu 8.04 dan 8.10 Penulis buku ini saya kira cukup berbaik hati kerana ia telah menyediakan salinan PDF buku tersebut dan boleh didownload secara PERCUMA tanpa perlu membayar apa-apa. Dapatkan salinan anda hari ini juga!