Ubuntu@iPT : 78% Setuju untuk diteruskan
Saya membuka satu pungutan suara selepas program sulong di kolej shahputra pada 25 Ogos lalu dan selepas 65 hari pada hari ini, 230 orang responden telah mengambil bahagian. Keputusannya adalah seperti berikut; Seperti yang dapat anda lihat pada rajah, 180 responden atau 78% bersetuju supaya program ubuntu@ipt itu diteruskan . Manakala responden yang tidak bersetuju pula hanya 8orang atau 3% dari keseluruhan. Ini dengan sesungguhnya mengambarkan hasrat hati yang solid dari penggunjung blog melayubuntu supaya program ubuntu@ipt diteruskan aktivitinya dimasa-masa akan datang. Apa yang harus dilakukan selepas ini? Saya memikirkan bahawa penetapan fokus merupakan antara perkara paling penting dalam menentukan halatuju destinasi sesuatu program. Oleh kerana itu saya secara peribadi ingin mencadangkan program ubuntu@ipt harus fokus kepada penggunaan ubuntu sebagai penyelesaian desktop kepada pelajar ipt. Penyelesaian desktop yang saya maksudkan ialah penggunaan ubuntu sebagai sistem operas...