Cerita tentang laptop £99
Baca artikel ini jika belum membacanya. Dengan misi, setiap kanak-kanak di UK perlu memiliki sebuah laptop, syarikat ELONEX dari eropah tampil dengan produk laptop £99 nya yang membuatkan ramai orang terpegun dengan frasa "mengapa sebuah laptop mampu semurah itu?".£99 jika ditukar kepada Ringgit lebih kurang RM630 dan sudah tentu masih murah jika hendak dibandingkan dengan model-model laptop yang lain dipasaran. Berbalik kepada persoalan utama tentang bagaimana sebuah laptop mampu semurah itu?Jawapannya ialah Sumber Terbuka / Open Source!Apabila disebut open source, yang menjelma dibenak kita ialah perisian yang percuma yang membenarkan kita melakukan apa sahaja padanya.Namun terdapat satu lagi kelebihan open source yang dimanipulasikan sepenuhnya oleh Elonex iaitu cirinya yang mampu digunakan dalam komputer berkuasa rendah . Teori-teorinya; Dalam entry saya terdahulu iaitu Tahukah Anda Ep.1 , saya menyebut tentang harga sistem operasi yang perlu dibayar ketika kita membeli...