Posts

Showing posts with the label manual ubuntu

Manual Ubuntu diakses lebih 5000x sejak Feb 2009

Image
Saya ingin berkongsi E-Book Manual Ubuntu yang telah saya hasilkan kira-kira setahun yang lalu dan ianya sangat sesuai buat mereka yang mula berjinak-jinak dengan ubuntu. E-book ini telah diakses lebih dari 5000 kali dan itu belum termasuk mirror yang lain. Muatturun Manual Ubuntu dari link berikut; http://www.box.net/shared/1djpzmz76o Harus diingat, Manual Ubuntu dihasilkan pada tahun lepas berasaskan ubuntu 8.10 dan terdapat paparan yang tidak sama dengan ubuntu 10.04 Lucid Lynx. Manual Ubuntu juga tidak ada apa-apa kaitan dengan Ubuntu Manual .

Muatturun Manual Ubuntu Versi Kualiti Tinggi (Original Quality)

Image
Alhamdulillah baru hari ini saya berkesempatan untuk memuatnaik fail "Manual Ubuntu" versi kualiti tinggi yang dijanjikan sejak dahulu lagi. Anda boleh muatturun fail ini melalui url berikut; Manual Ubuntu (Kualiti Tinggi) Saya menerima banyak pertanyaan (tentang ubuntu) yang kesemua jawapan itu boleh didapati melalui Manual Ubuntu yang saya tulis dengan titik peluh dan tidak mengenal erti penat. Lalu saya tertanya-tanya, sampai bilakah orang melayu tidak mahu belajar menghargai? Saya tinggalkan persoalan itu untuk dijawab oleh pembaca yang bijaksana sekalian. Manual Ubuntu ini mengandungi dan memuatkan kesemua ilmu asas yang perlu anda ketahui tentang ubuntu. Saya tidak akan suap anda sehingga anda kenyang, tetapi saya ingin ajar anda bagaimana untuk anda boleh menyuap diri anda sendiri suatu masa nanti. Salam saya dari kesibukan.

Manual Ubuntu : Didownload lebih dari 900 pembaca kurang dari 24 jam

Image
Kurang dari 24 jam Manual Ubuntu versi resolusi rendah diterbitkan kepada umum, ianya telahpun dimuat turun sebanyak lebih dari 900 kali. Ketika saya menulis entry ini, Box.net iaitu mirror percuma yang saya gunakan sudah kehabisan bandwidth. Kepada sesiapa yang sempat memuat turun Manual Ubuntu, saya harap anda boleh upload ke mirror yang lain dan berkongsikan urlnya dalam ruangan komen. Saya masih lagi memikirkan cara bagaimana dan dimana untuk upload versi resolusi tinggi yang bersaiz 28MB. Kepantasan berukband yang saya gunakan agak terhad buat ketika ini dan menyebabkan saya gagal untuk upload versi resolusi tinggi semalam. Insyaallah jika anda kesempatan, saya akan uploadkan versi resolusi tinggi dalam masa terdekat.

Download Manual Ubuntu - Versi Kualiti Rendah

Manual Ubuntu kualiti rendah dengan saiz 8.8MB. Enjoy! 76 mukasurat, 4055 patah perkataan. Manual Ubuntu_web.pdf mirror1: http://dl.ronggeng.net/melayubuntu/Manual_Ubuntu_web.pdf mirror2: http://rapidshare.com/files/198695885/Manual_Ubuntu_web.pdf.html mirror3: http://rapidshare.com/files/19947002/Manual_Ubuntu_web.pdf mirror4: http://ifile.it/a0uxnsh timakasih kepada yang tolong upload balik ke mirror berkenaan.

Program Penajaan dan Pengiklanan dalam Manual Ubuntu.

Image
Alhamdulillah saya telah siap menghasilkan Manual Ubuntu yang mengandungi 77 Mukasurat kesemuanya. Selain domain linuxvarsiti.org yang telah siap ditempah, kami juga telah menerima jemputan ke beberapa IPT tempatan dan itu semua saya anggap sebagai satu petanda dan titik permulaan yang sangat baik dan meyakinkan. Linux Varsiti sebagaimana yang dihebahkan berkali-kali dalam blog ini merupakan satu Program PENJAJAHAN Linux ke dalam IPT tempatan dan sarat dengan program seperti Syarahan, Demonstrasi, Pameran dan sebagainya yang wajar. Kerana air yang bertakung itu akan rosak, begitu jugalah manusia jika hanya obses dengan satu sistem operasi sahaja. Linux Varsiti meletakkan target PERUBAHAN bukan sahaja ke dalam minda pelajar jurusan IT bahkan juga kepada pelajar jurusan lain. Kami meletakkan ILMU sebagai subjek yang cukup penting untuk dikehadapankan mengatasi subjek sampingan yang lain, kerana manusia hanya mulia dan dimuliakan dengan ilmu. Namun kami kesuntukkan kewangan - itu adalah h...