Posts

Showing posts with the label VirtualBox

Review ringkas VirtualBox 2.0

Image
VirtualBox merupakan perisian "kotak maya" yang membolehkan penggunanya memasang sistem operasi maya didalam sistem operasi "host". Sistem operasi maya yang disokong oleh virtualbox termasuklah semua keluarga sistem operasi windows (termasuk windows server), semua keluarga linux, BSD, Solaris dan sebagainya kecuali Mac OSX. Baru-baru ini Sun Microsystems mengumumkan terbitnya virtualbox versi 2.0 dan boleh didownload dan digunakan secara percuma dalam kebanyakkan sistem operasi termasuklah windows, linux dan mac osx. Antara pembaharuan yang boleh didapati dalam versi 2.0 termasuklah; 64 bits guest support (64 bits host only) New native Leopard user interface on Mac OS X hosts The GUI was converted from Qt3 to Qt4 with many visual improvements New-version notifier Guest property information interface Host Interface Networking on Mac OS X hosts New Host Interface Networking on Solaris hosts Support for Nested Paging on modern AMD CPUs (major performance gain) Framewo...

Linux Mint Live CD dengan VirtualBox di dalam Ubuntu.

Image
Bagi memenuhi semangat komuniti sumber terbuka di sini, penulis akan menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan OS tetamu (Guest OS) di dalam Ubuntu dengan menggunakan VirtualBox. OS tetamu yang dipilih adalah Linux Mint (Live CD), salah satu variasi Ubuntu yang amat mudah dan lengkap terutama sekali untuk koleksi multimedianya (tanpa perlu ditambah seperti Ubuntu). Untuk jalankan Windows XP, langkahnya serupa seperti yang ditunjukkan di bawah (maaf, penulis tidak menggalakkan penggunaan sistem operasi atau perisian tanpa lesen sebenar). 1. Pastikan anda telah pasangkan perisian VirtualBox ke dalam Ubuntu anda seperti entri sebelumnya. Mulakan VirtualBox dan pilih menu 'New'. 2. Tetingkap 'wizard' akan kelihatan, sila teruskan dengan menukan butang 'Next'. 3. Namakan OS tetamu anda dengan nama yang mudah dikenali dan pilih 'Linux 2.6' pada menu pilihan 'OS Type'. Rujuk gambarajah dibawah. 4. Kemudian, pilih jumlah memori yang diperlukan. PERIN...

Windows XP Dalam Ubuntu - VirtualBox

Image
Sudah bosan "dual-boot" antara Ubuntu dengan Windows XP? Kini ada cara lebih mudah untuk jalankan Windows XP di dalam Ubuntu anda. Mungkin anda pernah dengar dan cuba menggunakan teknologi virtual di mana anda boleh jalankan berbagai sistem operasi tanpa perlu keluar dari operating sistem sekarang (tak perlu reboot dan pilih OS lain). Ada banyak pilihan untuk jalankan virtual OS ini antaranya VMWare, VirtualBox dan lain-lain lagi Untuk kali ini saya akan terangkan serba ringkas bagaimana untuk 'install' VirtualBox ke dalam Ubuntu. Perkakasan dan perisian yang digunakan adalah seperti berikut: Acer Aspire 5051, AMD Turion64 2.0 GHz, ATI Raden Xpress 1100, 80 GB HDD, DVD-RW Ubuntu Hardy Heron 8.04 (latest update) VirtualBox 1.6. Boleh downlod .deb fail disini Langkah 1 : Download VirtualBox versi terkini dan pilih versi yang menyokong Ubuntu anda (samada x86 atau AMD64). Download dan simpan file tersebut ke dalam pc/laptop anda. Setelah selesai jalankan fail tersebut (v...