Posts

Showing posts with the label Keselamatan

Menghasilkan virus untuk linux dalam 5 langkah “mudah”.

Image
Geekzone( http://www.geekzone.co.nz/foobar/6229 ) telah menghasilkan satu artikel hebat menerangkan satu persatu tentang cara-cara menghasilkan virus untuk linux atau lebih tepat lagi, virus untuk desktop environment GNOME dan KDE. Artikelnya berkisar tentang “bagaimana virus tersebut akan dilarikan, beroperasi, ruang lingkup kerosakan dan kerumitan yang mampu dihasilkan dan cara mengatasi”. Ini adalah ulasan semula kepada artikel tersebut menurut versi dan kefahaman saya sendiri. Modus operandi virus yang ingin dihasilkan ialah mudah – buatkan seseorang pengguna komputer untuk melarikan executable attachment yang diattach kedalam email. Ini adalah modus operandi bagi virus yang paling mudah dan paling senang untuk diukur dan dikawal kebarangkalian kejayaannya. Dalam windows, attachkan sesuatu fail .EXE ke dalam email atau embeddedkan sesuatu virus (yang sebenarnya hanyalah kod program komputer) ke dalam fail yang tidak dicurigai seperti .JPG, .PNG, .DOC, .TXT, dan seumpamanya. Antara ...

Keselamatan : Firestarter Firewall

Image
Selain daripada virus, kita perlu juga sedar bahawa firewall adalah pertahanan terawal diantara kita dan juga internet. Didalam linux kita tidak perlu risau akan virus, namun kita perlu berjaga-jaga kerana linux terutama server seringkali di exploit oleh para hacker. Jadi cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan exploit adalah dengan menggunakan firewall untuk menutup port-port yang tidak perlu. Didalam kernel Linux terdapat module yang menjalankan tugas menapis data yang keluar masuk kedalam komputer kita. Module tersebut dipanggil iptable dan ipchain. Selain itu didalam Ubuntu sendiri telah terdapat satu lagi software penapisan atau firewall yang dipanggil UFW (Uncomplicated FireWall), walaubagaimanapun buat masa ini ketiga-tiga firewall diatas adalah agak rumit kepada mereka yang baru dalam dunia Ubuntu/Linux kerana configuration ketiga-tiga software ini adalah berasaskan teks (text based). Jadi saya mahu memperkenalkan Firestarter Firewall yang mempunyai GUI (graphical user...

Keselamatan : Antivirus AVG Free Edition

Image
Bagi saya masalah utama kepada para pengguna komputer ialah tentang keselamatan komputer kita. Ia termasuklah keselamatan dari penceroboh mahupun virus yang semakin hari semakin canggih terutama untuk platform microsoft windows. Walaupun pengguna Ubuntu/Linux tidak perlu risau akan virus-virus ini kerana mengikut satu laporan buat masa ini hanya terdapat beberapa virus untuk linux sahaja, namun lebih baik kita berhati-hati. Antivirus ini juga berguna kepada mereka-mereka yang membuat dual boot dimana didalam system mereka terdapat partition dan juga software microsoft windows yang dijangkiti virus dan masalah virus itu boleh diselesaikan didalam Ubuntu. Terdapat beberapa antivirus untuk Ubuntu/Linux, namun kali ini saya ini me'review'kan antivirus AVG Free. Disini perkataan free bukanlah bermaksud freedom yang diperjuangkan oleh kumpulan OpenSource tetapi ia bermaksud software ini boleh digunakan secara percuma. Terdapat satu lagi antivirus untuk Linux yang berasaskan opensourc...