Projek Kit Ubuntu Dibatalkan.
Duka cita dimaklumkan bahawa projek Kit Ubuntu ini dibatalkan. Seperti mana yang saya sebut sebelum ini jika ia tak mencapai sasaran tempahan awal maka ia tak menjadi realiti. Setakat 12 tengah malam tadi Jom Linux menerima tempahan sebanyak 32 daripada 150 yang disasarkan iaitu 21.33% jumlah capaian. Bagi saya, saya menyalahkan diri sendiri atas kurangnya tempahan dan dana yang diterima. Boleh saya rumuskan beberapa perkara yang saya belajar; a) ada yang ingin menjadi penaja tapi meminta di'chopkan' dahulu tempat tajaan dan akan membuat bayaran kemudian. Tapi, bayaran tak dibuat sehinggalah tarikh akhir sedangkan ada orang lain yang ingin menaja terpaksa saya tolak kerana ruang sudah habis di'chop'. b) masa yang kurang sesuai pada masa ini menyebabkan ramai lebih mengutamakan menderma bagi Palestin dari projek ini. Ini dapat digambarkan melalui tempahan yang kurang setelah isu Palestin timbul. c) kurangnya promosi dari Jom Linux dan pihak ketiga. Insyallah, lain kali ...