Duka cita dimaklumkan bahawa projek Kit Ubuntu ini dibatalkan. Seperti mana yang saya sebut sebelum ini jika ia tak mencapai sasaran tempahan awal maka ia tak menjadi realiti.
Setakat 12 tengah malam tadi Jom Linux menerima tempahan sebanyak 32 daripada 150 yang disasarkan iaitu 21.33% jumlah capaian. Bagi saya, saya menyalahkan diri sendiri atas kurangnya tempahan dan dana yang diterima. Boleh saya rumuskan beberapa perkara yang saya belajar;
a) ada yang ingin menjadi penaja tapi meminta di'chopkan' dahulu tempat tajaan dan akan membuat bayaran kemudian. Tapi, bayaran tak dibuat sehinggalah tarikh akhir sedangkan ada orang lain yang ingin menaja terpaksa saya tolak kerana ruang sudah habis di'chop'.
b) masa yang kurang sesuai pada masa ini menyebabkan ramai lebih mengutamakan menderma bagi Palestin dari projek ini. Ini dapat digambarkan melalui tempahan yang kurang setelah isu Palestin timbul.
c) kurangnya promosi dari Jom Linux dan pihak ketiga. Insyallah, lain kali kita wat projek, promosi akan diberi keutamaan penting.
d) masyarakat umumnya dan komuniti khasnya tidak bersedia @ belum memerlukan lagi produk seumpama ini.
e) RM 13.99 adalah mahal bagi pengguna.
Jadi, berikan saya masa 1-3 hari untuk tujuan pemulangan wang bagi mereka yang telah menempah awal kit ini. Budi dan jasa anda amatlah saya hargai.
Nota : Jika ada maklumat lain berkaitan dengan Kit Ubuntu ini. Sila rujuk pada web site JomLinux.com ...saya akan update kat situ je selepas ni.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
huhu..sayang la plak projek ni xjadi.. apapun satu test market yg bagus.. kita perlu promosi ubuntu dengan lebih agresif untuk tambah skala target pembeli...
ReplyDeleteaku rs ada tak kena dgn 'ujian pasaran' ni...dan ada yg tak kena dgn perancangan nie. tp zul, aku tgh usahakan jalan kluar.
ReplyDeletealahai...
ReplyDeletesedih la pulak..
apa - apa pun, anggap ini ujian dan test-market.
chayok chayok..
Anggaplah ini satu permulaan yang berguna untuk komuniti Ubuntu, dan segala sebab-musabab perlulah diteliti dengan lebih mendalam untuk menjamin kejayaan projek seterusnya.
ReplyDeleteSeperti yang zul penah bagitau yg projek kit ubuntu ni merupakan permulaan kepada projek yang lebih besar.Jadi, harap projek seterusnya dapat dicadangkan secepat mungkin.
Terima kasih.
Regard,
Myst3
Aku baru nak beli...
ReplyDeleteaduh,masalah-masalah.
Salam,
ReplyDeleteJom Linux, ni salah satu milestone pertama yang telah dilalui. Jadi selepas ini pasti ianya akan lebih baik.
Bagi saya ini projek yang sangat baik (walaupun x berjaya mencapai target) tapi society sudah pun membuka mata mereka untuk melihat apa itu Linux dengan lebih mendalam lagi selepas ini.
Jujur saya katakan, saya berasa amat kecewa kerana projek ni terpaksa diberhentikan atas sebab-sebab yang mungkin boleh dielakkan jika adanya perancangan yang lebih baik kelak.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Tapi yang saya pasti sebab terbesar adalah kerana kurangnya publisiti kepada masyarakat dan kurangnya sokongan daripada komuniti Ubuntu Malaysia sendiri.
Tapi saya percaya, orang yang bijak pasti tidak akan termasuk ke dalam lubang yang sama sekali lagi.
Teruskan Jom Linux! Aku sokong.
Linux Utk Semua
well...aku pn dukacite gak pas dgr cite ni...dah tempah pun 1 unit...tp bg aku la secara personal...rm14.00 tu xla mahal sbb dr segi kandungan kit ni....dahla dalam bahase melayu plak tu...tp maybe dr segi promosi kot...ntahla...xpon kalo nk menarik maybe bleh top up kan sehelai thirt dgn kit ni...mane la tau kan...hope korang jgn down sbb projek ni kureng sambutan....sabar...nk tarik user ubuntu ni mcm nak pujuk budak pegi skolah...kene sabar...aku doakan next projek korang dpt sambutan...insyaallah...adios!!
ReplyDeleteAku pakai FreeBSD..hmmm.. Jom BSD!
ReplyDeleteada berita baik buat yang tmph kit ubuntu ni...blh baca kat jomlinux.com
ReplyDeleteTak mudah buat sesuatu projek macam ni. Sy pernah mulakan dulu. Trace back : http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=6104
ReplyDeleteMasa tu buat bukan fikir nak untung. Just untuk cover cost print dan post sahaja. Dulu(2003) mana ada ebook(mungkin tak popular lagi). Cuma nak test market saja. Tapi nampaknya sambutan tak hangat walaupun ramai yang berminat.
Pada hemat saya.
1. Orang tak minat Linux.
2. Orang lebih suka benda free.
3. Mungkin waktu tu target salah.
4. Mungkin waktu tu dah ramai pakar linux.
Sekarang ni dah malas rasanya buat projek macam tu. Cukuplah dengan blog.