Saya bukan yang terbaik. Masih ramai yang pakar, berpengalaman, berkelayakan, genius, bertauliah dalam bidang keterbukaan sumber. Komuniti sumber terbuka perlukan anda, bukan sekadar sokongan moral malah lebih dari itu jika benar-benar komuniti ini ingin memecut ke satu landasan yang jitu dan meyakinkan.
Diatas bibir, semuanya manis. Namun ketika saya mengumumkan kutipan derma bagi membiayai program Ubuntu@iPT, kemana perginya segenap kemanisan yang ada? Syabas untuk JomLinux.com, SembangKomputer.com, dan beberapa orang perseorangan lain yang saya kenali secara personal yang bermurah hati membiayai program tersebut. Kos lain terpaksa saya tanggung secara sendirian dan tidak pernah ada orang tahu tentangnya atau bertanya tentangnya.
Diatas bibir, semangat berkobar-kobar ingin perjuangkan Sumber Terbuka. Ketika saya mengumumkan blog ini akan dibuka kepada penulis jemputan supaya blog ini terus segar dengan artikel yang mantap dari segenap sumber, tidak ramai yang tampil. Begitu jugalah ketika saya merayu untuk mencari penulis E-Maj, saya hanya mampu mengumpulkan beberapa orang yang tidak tentu pun lagi tahap komitmen mereka.
Sekarang Gua Cabar Lu! Buktikan semangat dan komitmen anda dengan sumber terbuka. Sahabat saya dari UbuntuSeekers sedang merancang program yang dinamakan Linux Varsiti. Siapa yang sudi menderma wang ringit untuk program ini? Siapa pula sanggup merancang aktiviti dan mengerakkan program ini? Siapa pula yang ingin menjadi sukarelawan menjayakan program ini?
Gua Cabar Lu. Saya tawarkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi penulis, dan penyumbang atau juga penaja kepada blog ini, E-Maj dan program Linux Varsiti yang bakal dianjurkan dalam tahun 2009 ini. Sesiapa sahaja. Samada yang memberikan komen sebagai Anonymous atau yang komen sebagai nama sendiri. Sesiapa sahaja! Sila buktikan semangat anda! Hantarkan email anda ke zul.malc [at] gmail.com. Nyatakan apakah yang ingin anda sumbangkan dan saya akan uruskan yang selebihnya.
p/s: Paku buah keras telah dipulangkan. Ini bukan gendang peperangan tetapi gendang permulaan kepada dimensi perubahan. Jom Bergerak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
saya hanya boleh bergerak disebalik blog sahaja :)
ReplyDeletetetapi tetap menyokong opensource
gua cabar lu tampilkan diri...
ReplyDeleteLinux Varsiti nie untuk Ubuntu jer ker? Aku pernah tanya kat bdak-budak UNiSEL nun. Hampeh jer. Semua pengguna setia Windows. Yang aku kenal pun dua orang jer. Sowang gune Ubunut, sowang guna CentOS. Hmm..
ReplyDeleteWaah....mulakan thn baru dgn topik panasss!!...heheh...tp aku setuju...sape ade kemampuan dr ape2 segi la kan...boleh r support...mcm aku ni dr kalangan budak tadika lg ubuntu/linux nih...so blog ni la umpama cikgu bg aku.....anyway all the best & selamat thn baru...Majulah Ubuntu/opensource untuk negara!!
ReplyDeletePerh... Jangan Marah Bro... Dulu aku bizi sikit sebab belajar dan susah dapat connection tenet... skang aku dah bekerja dan hari2 ngadap pc dan sentiasa ade connection intenet... aku ingat aku nak share information tentang Linux Security.. Ape macam? Kau berminat tak? aku tengok tak ramai orang yang explore pasal security on Linux ni...
ReplyDeletebanyak lagi benda nak didermakan.....kalau nak minta derma bukan dengan paksaan...ko nak buat je...ikut kemampuan...bukan semua orang sokong apa ko buat...(aku dari derma kat sini baik derma untuk rakyat pelestin yang lagi terseksa skng...) oppp nasihat aku biar berbudi dan berbahsa semau orang suke ..biar manis mulut jgn manis tulisan tapi perangi cam ******
ReplyDeletedark lord,kongsi² ar k.aku nak tau gak :)
ReplyDeleteape masalah kau ni hah si anonymous?!!! kalau kau xsuke blog ni or xsuke penulisnyer... pergi mampusla kau!!! xde sape yang paksa kau masuk blog ni.. paham x bodoh?!!
ReplyDeleteoppss... sorry atas bahasa aku yang kurang sikit... tapi leh naik darah tinggi aku baca komen si anonymous tuh...
ReplyDelete@anonymous : errr..sape yg paksa? nama pun derma makna bleh paksa..klu paksa nama dia peras ugut.. balik study kamus dewan bahasa dan pustaka dlu.. cian plak aku ada org "brani" komen camni sbg anonymous...brani tampil la wehhh..jgn selindung sbg anonymous.. sbelah ni ada ym aku...add aku dan kita sembang tgk...jgn jadi macam zionis xleh dibawak berbincang...
ReplyDeleteakhirnya...ada yg menyerlah sifat sebenar...anonymous ni dulu nak komen pun payah..tetiba rajin lak..haha :D hanya komen bila panas. hanya rajin bila ada isu. hanya tolong waktu org senang...
ReplyDeleteermmmm ada komen n buruk....apa pun aku ucapkan tahbiah kepada zul.....inilah cabaran yang mesti ditempuhi..mcm aku nak buat buletin pc ler....kita buktikan pada mereka yang kita mampu lakukan walaupun sebesar zarah sekali pun..anggap komen negatif sebagai cabaran.
ReplyDeleteZul, just give me another six months and i'll be all the way to fight for this. Right now, aku ada menda lebih penting utk aku habeskan. But if you really need a hand on linux varsiti, then just hit me ok? aku akan add YM ko.
ReplyDeleteO_o'
ReplyDelete1. aku pun tak terkata..
2. abg zul.. gua sokong lu..
hahaha..apalah korang ni...ko paham tak anonymous apa maksudnya?
ReplyDeletedan berapa ramai pakai nick ni?
mungkin ko ada wat silap kot ngn dia tu yang dia bengang...ala biar dia ngn dunia dia...ko umpama kedai kena la sabar sikit ...ko buat blog untuk semua baca kan?so ko kene la sabar..banyak lagi log lagi teruk kene ni bagi aku sikit je 1 % je tapi pelik ar blog ko ni asik kene hentam je...sembang komputer,blogmenjerit tak de pulak...sebab dia?sebab mungkin dia orang frenddly sikit kot...pikir pikir kan
mari ar memperjuangkan opensource ni... xpayah nak gaduh2..xguna... baik kita wat sesuatu utk ubah persepsi orang pasal open source
ReplyDeletehidup ubuntu! aku pon dh lama x update blog..hehe.
ReplyDeleteen.gunblade,6 bulan tu wat ape eh?lama tu.hehe.
nak bertarong ngan ainie 6 bulan lama tu.wahahaha.
Sinz.. bertapa nk cukupkan ilmu la.
ReplyDeleteZul, apa ciri2 linux varsiti? Aku try tengok kat UbuntuSeekers tapi tak jumpa pasal tu. Ada link linux varsiti tak?
ReplyDeleteNi nak bagi pandangan sket sal Linux Varsiti tu walaupun aku masih baru lagi dalam ubuntu linux ni.
ReplyDeleteSebagai promosi elok dedahkan sal compiz + beryl untuk menunjukkan betapa powernya linux ni berbanding window. Beberapa kawan aku pun dah buka mata dan mula minat sal linux ni pas showoff compiz kat dia (walaupun yang dekat youtube je). Kebanyakan bebudak skang ni nak yang lebih gempak dan kelainan. Macam yang selalu zul bagi tau, bila dah mula minat, pandai2 la nak cari cara penyelesaian. Lagi pun dengar ura2 yg Window7 dah nak lunch.
Ni cuma cadangan je. Sebarang silap dan salah tolong perbetulkan k. Salam.
Regard,
Myst3
bukan pasal mencabar atau tercabar, tetapi semua melibatkan aspek, pemberian dan penerimaan, jika betul betul mahukan benda nih bergerak, ape matlamat sebenarnya? kemana arah tujuannya? atau dengan lebih tepat, perancangan sekarang dan masa akan datang. Semua org tahu (maaf jika tidak tahu) di malaysia tidak sama dgn negara lain, lagi2 melibatkan oss, org malaysia lagi suka menerima dari memberi, terutamanya melayu (sorry aku pun melayu). So, hanya 2sen dari aku. Aku boleh support domain dgn hosting.
ReplyDeleteAku bukan tak mahu melibatkan diri, tapi aku sibuk dengan study. Masih belum habis. Dan dalam perancangan nak sambung master. So, aku terpaksa skip semua ini. Cuma, kalau ada kelapangan, akan aku bantu dan sumbang apa yang boleh.
ReplyDeleteYm aku zul untuk bincang lanjut.
zul...
ReplyDeleteprojek mender tu? cuba terang skit?
@mustakim ahmad.. ko ning dari langkawi ka?
@ayem36.. aku ni mustakim dai johor.ada sorang lagi ubuntu fan yang nama mustakim jgak.tapi tak tau asal dia mana.boleh tgk blog dia
ReplyDeletelinux-guider.blogspot.com
power mamat ni.
@ayem36.. aku ni mustakim dai johor.ada sorang lagi ubuntu fan yang nama mustakim jgak.tapi tak tau asal dia mana.boleh tgk blog dia
ReplyDeletelinux-guider.blogspot.com
power mamat ni.
aku sokong ko syah...hahaha...marah je dia...wakaka....
ReplyDeleteayem ..mustakim dah banyak komitmen skang...dia ade je kat johor..
Gie ni mcm kutuk aku je. Cet..blah la ko gie.haha
ReplyDeletemulut org sape leh tutup, cume kene mulut ni kene didisiplin kan..ape2 pun, blog melayubuntu ni dah lakukan kerja2 murni..cuma masing2 ada kelemahan sbb kite ni kan manusia..
ReplyDeletecuba jadikan tempat komen ini lebih kepada prbincangan yg membina dan bukannya tempat untuk melancarkan serangan peribadi. Kalau nak lancar jugak pkai emel sudah ;D
hidup open source
wow hangat.Nk jadi penulis pun tak mahir dgn ubuntu sangat. setakat tolong promo boleh la
ReplyDeletejadi promo ubuntu pun da kira ok bro... huhuhu... 2 fungsi stiker ubuntu bagi free... sebarkan kebaikan ubuntu...
ReplyDeletebetul tue...sbnrnya aku dah cuba opensuse psl aku suka dia punya theme..lawa! tapi aku leh katakan dia mcm vista le..lawa tp tak mesra.
ReplyDeleteaku psg wine...takde keluar lak menu dia. psl ndiswrapper psl wifi aku tak support.pun takde menu yg simple utk letakkan driver. ada sekali aku psg compiz, cuba kat grafik intel terus lambat gile.dia laju kat ati dan nvidia je.
aku cuba lak nak masuk control panel..bila masuk dia mintak password..bila kita keluar CP nak masuk balik dia tny psword lag walaupun aku dah klik Remember.
buat ajelah mcm ubuntu, bila masuk pssword dia akan igt smpui 15 minit. pastu kena tulis balik.tu belum ko tgk package dia. kena psg satu2..
ubuntu ni..2 je aku tak berkenan. 1) tema tak lawa nampak cam windows 95. 2) lama nak boot.
sekadar pandangan...
kalau saper2 yg rasa susah2 nak dpt driver leh try dulu..try cari source code utk driver tu..tapi make sure korang check pciid dia dulu..pastu leh compile driver tu..slalu nyer command dia make,make clean modules, make install tu jer.. modprobe.. kan senang
ReplyDeleteuih..
ReplyDeletedh panas blog ni..
kepada mereka yg tak tau nk bersyukur..
bersyukurlah sebab wujudnya blog ni..
jangan harap orang suap aje..
sape2 nk tau pasal linux varsiti boleh rujuk link ni:
http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=18&t=698
2 tahun gunakan ubuntu(bukan lama pun). Semua masalah biasanyer ada jawapan dalam forum http://ubuntuforums.org/.
ReplyDeletetak tahu pun ade komuniti ubuntu kat malaysia ni. Terjumpa pun sebab hujung tahun lepas ter'click' search ubuntu di "page from malaysia".
Mula2 guna ubuntu mmg banyak masalah WiFi - AR5007EG. Dlm Intrepid dah senang, driver dah built-in (siap patch untuk injection network) dalam CD, click & install. Tapi dengan Feisty Fawn mcm mane nak buat, try google & search forum. 3 bulan try tak dapat2 sbb 'tak tau nak navigate guna terminal'. Start pakai wifi guna NDiswrapper pastu ke Madwifi. Pastu try crack WEP baru bulan lepas berjaya.
Menggunakan ubuntu sebenarnya menjadikan saya lebih kreatif, dgn beratus-ratus try & error dalam tempoh 2 tahun ni. Tapi saya ni bukanlah pakar.
Cuma, belajarlah dari kesilapan. Banyak benda yang kita boleh dapat. Saya pernah ter'delete' video & gambar anak saya sejak dari lahir hingga ke 5 bulan dengan 1 command. Tapi MelayUbuntu memperkenalkan PHOTOREC (thanks Zul)selamat saya dari nak menjawab dgn org rumah.
Walau macam mane pun saya ucapkan terima kasih kepada MelayUbuntu & Bloggers tempatan kat site ni kerana kualiti artikel mereka yang mengancam.
For M'sia OSS Development. Derma tak de masalah. Emailkan saya no account.Sekadar yang mampulah
@Azwar : Thanks bro..rasa best lak artikel photorec tu leh slamatkn ko dr org rumah...hehehe..
ReplyDeletekomuniti terbuka ni bergerak melalui derma betul tak?
ReplyDelete