- CD Ubuntu 8.10
- Manual Panduan Pemasangan Ubuntu
- Sticker Ubuntu
Perkara pertama yang saya fikirkan ketika menyentuh kit ini ialah, alangkah bagusnya kalau kit ini dijadikan hadiah untuk sahabat, rakan (serumah, sekelas, sekuliah etc), kekasih (aweks, balaks, cowoks etc), pensyarah, dan mungkin juga makcik-makcik (bukan makcik pc). Ianya sesuai dibungkus kemas dalam sampul hadiah yang diikat dengan riben diselit bunga ros 3 tangkai - ahaks - kelainan yang tidak dijangka. Pastinya mengharukan perasaan orang yang menerimanya.
Manual yang disertakan dalam kit ini pula agak straight-forward dan mudah difahami. Setiap langkah disertakan screenshot dan sedikit penerangan dalam bahasa melayu yang serasanya boleh difahami oleh seluruh lapisan dan level pengetahuan komputer. Selain panduan pemasangan, manual mudah tersebut turut menyelitkan pengenalan asas desktop ubuntu untuk tujuan memudahkan lagi benda yang mudah - kerana semua orang sukakan kemudahan.
Apa yang saya perasan.
- Dalam saya membelek-belek kit tersebut, saya tercari-cari frasa "Kit Ubuntu 8.10" namun tidak kelihatan. Ianya agak cacat jika kit ini tidak mempunyai satu label yang eksklusif untuk ia dikenali dimasa depan.
- Manual pemasangan menggunakan font ubuntu titling 100% dan ia agak menjanggalkan untuk print-out stuff. Saya mencadangkan agar menggunakan font open source yang lebih "mesra pembacaan" untuk text dalam panduan.
Tahniah kepada saudara Fahmi dari Jomlinux.com yang menghasilkan kit ini dengan susah dan payah dan ianya benar-benar telah menjadi satu produk yang terbit secara realiti - bukan hanya di alam fantasi atau cakap-cakap kosong. Tahniah kerana merealisasikan satu impian untuk membawa produk ubuntu ini ke dalam pasaran yang lebih luas dan mencabar - dengan matlamat menyebarluaskan kewujudan ubuntu linux sebagai sistem operasi altenatif kepada gergasi windows dan mac osx.
Ilmu.
Perkembangan ubuntu akan terhenti jika orang tidak tahu menggunakannya. Kita generasi perintis kepada penggunaan sistem operasi ubuntu tidak seharusnya mengabaikan juzuk perkongsian ilmu dalam penggunaan ubuntu dan oleh kerana itu, kita perlukan satu rangka promosi yang jitu dan meyakinkan. Jika kita benar-benar serius dalam perkara ini, jangan sekali-kali tunduk kebawah. Dongak ke langit membiru dan mara ke hadapan!
Wooo.. chaiyok chaiyok!
ReplyDeleteSiap leh bungkus letak bunga ros 3 tangkai kira ok la tu.. semart la tu.
@Gunblade IV : ekeke.. ko paham x mksud dia? wakaka.aku tau ko paham..hahhaa
ReplyDeletex sabar ni nk tggu smpai rumah....lepas ni wat untuk Jaunty Jackalope plak
ReplyDelete@melayubuntu : haha..akhirnya dpt gak dgr review dr Zul..agak sibuk sikit ari nie. apapun, trima kasih atas bgtau sebutan 'Kit' tu..aku trlepas pandangan tu. Tentang tulisan tu aku cuba nak wat yg lain tp aku rasa cam tak ngam plak kalu guna font lain mgkn aku leh guna font dlm projek emaj....hehehe...
ReplyDeletetak sabar nak tengok...
ReplyDeletekat sini pun dah ramai yang bertanya...
satu lagi review dari poweruser..
ReplyDeletelagi menarik dari review kat laman aku tu..
hak3 ;P
@UbuntuSeekers : ahaks..lama tak dgr cite...
ReplyDeletetgh tggu kit nih sampai opis nih....heheh
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya dah download ubuntu 8.10 ni dan instal pada pc. ada masalah sikit bila guna 8.10 pada konfigure wireless. Selalu disconnect dan kekadang tak boleh access network gara2 menu security WPA2 by default.
Akhirnya, saya re-install balik 8.04 dan success guna version lama.
Aku pakai FreeBSD..hmmm.. Jom BSD!
ReplyDelete