Friday, January 02, 2009

Kepada : Pembaca Yang Tak Tahu dan Ingin Tahu Tentang Projek Kit Ubuntu 8.10

Sebenarnya saya menerima banyak pertanyaan tentang apa dia projek Kit Ubuntu 8.10 ini. Semenjak kontroversi yang dilakukan oleh saudara Zul ni...barulah blog ni jadi panaas dan macam-macam orang komen. Bila ramai yang masuk tetiba terbaca tentang projek kit Ubuntu tapi tak tau cite pucuk pangkalnya.

Macam saudara Zul pernah kata sebelum ni, yang orang kita ni ada yang malas nak belek post lama-lama. Jadi tiap kali saya diajukan dengan persoalan yang sama, maka terpaksalah saya menjawab yang sama. Saya pun tak mahulah (bukan tak mahu, malas sebenarnya. Malas ni dihalalkan :D) marah ke apa ke orang yang tak ikut post lama-lama. Untuk selesaikan persoalan ni.

Bagi yang nak tau info ringkas sila ke link : http://www.jomlinux.com/v1/index.php/20090101193/Artikel/Berita/Kepada-Pembaca-Yang-Tak-Tahu-dan-Ingin-Tahu-Tentang-Projek-Kit-Ubuntu-8.10

Kalu ada yang tak faham apa-apa lagi sila emel editor[a]jomlinux.com atau tinggalkan komen.

Luar topik sikit...apa yang Zul cakap pada post sebelum ni tu kalu korang baca dengan hati terbuka memang ada betul dia kata...macam saya tulis kat komen sebelum ni. Kekadang orang sini ada yang komen, melawat, mengecam, menegur, beri idea dan macam2 lagilah bila ada isu dan pabila ada sesorang bercanda dengan pemikiran lesu mereka!

Walaupun ramai yang kutuk2 Zul tentang projek kontroversii tu..tapi sekurang-kurangnya dia habiskan masa cari penyelesaian masalah kemudian ajarkan pada orang. Daripada hanya duk baca-baca pastu apa takde. Tulis takde, komen takde. Saya sendiri pun pernah rasa apa yang Zul rasa. Bila ada projek/rancangan kita minta orang tolong...kekadang tak minta duit pun. Mcm projek ni, saya emel pada blogger2 untuk tuliskan artikel dan postkan kat blog pun ada dia mcm2 alasan...tak maulah cite org mana blog mana. biarlah disimpan dalam emel je.

Kalu korang tak caya, cubalah tgk blog-blog org yg datang sini. Ada tak cite apa-apa pasal projek ni.

Saya gak ucapkan terima kasih pada mereka yang menyokong pelekat hari tue yang nak derma pada projek ni dan yang membantu dari segi lain. Terima kasih tak terhingga.

Nota : Jangan jadi pasif. Jadilah proaktif. Jangan minta dan tanya apa yang Ubuntu dan komuniti boleh berikan pada anda tapi tanyalah apa yang anda sumbangkan pada komuniti.

Nota pada Zul : sori posting ni panjang sikit..kalau nak pendekkan nanti sy tukar info tu jadi PDF je.. :D

Editor JomLinux.com

21 comments:

  1. emgagagagaa.. act kalau kita nak rajinkan mereka macam mana?

    bagi K, taruk link kepada post2 yang lepas tu.. supaya mereka agak berminat untuk baca apa sebenarnya. kalau nak cari satu2 untuk blog yang dah berusia 4-5 tahun (akan datang la) fuh... sakit jugak tu :))

    tapi tu la.. apa guna search di situ kan

    ReplyDelete
  2. @Syafia : bagus gak idea letakkan link tu..dia kalau pakai joomla ke wordpress ada ada satu fungis kat bwh post untuk letakkan artikel yang berkaitan. tapi blogger ni saya baru belajar kalu kita wat kategori sama dia akan kluarlink tu.

    sy akan update tu..

    ReplyDelete
  3. link 2 dah ada kat artikel berkaitan kategori..kalau nak merujuk senang je rasanya.. lagipun dalam blog ni ada fungsi search yang aku sendiri pun salu dok guna... terpulang kat pembaca nak rujuk ke x...

    ReplyDelete
  4. bro zul x kesah ke, iklan produk jomlinux dlm melayubuntu?

    ReplyDelete
  5. err... tumpang lalu...

    ada tak sapa - sapa kat sini ada tengok page ni

    http://linux.softpedia.com/progDownload/Super-Ubuntu-Download-44128.html

    Super ubuntu. saiz 1.1gb. Rasa mcm best je. sebab dari apa yang ubuntu tak sempat update dalam 8.10, dia dah update kaw - kaw punyer.

    saya berminat dengan Projek Kit Ubuntu 8.10. menarik.
    jarang anak melayu buat benda ni. rasanya takde pun yang pernah buat. syabas kepada jomlinux dan melayubuntu.

    saya ada dapat 7 keping cd dari canonical. mintak 7 dapat 7. tu yg best tu. tapi yang tak bestnye saya dah bagi kat kengkawan yang berminat tu 6 keping. bila kuar Projek Kit Ubuntu 8.10, rasa mcm ralat pulak membiarkan kengkawan terkapai - kapai mencuba OS baru ni.

    ada cadangan ke nak buat di ipoh? terutamanya di polteknik ungku omar.

    ReplyDelete
  6. @mohdsejuk : kit ni kira cam starter pack le..kira korang bila nak pakai ada buku panduan, bila dah pasang ada lak sticker yang menunjukkan korang telah pun memasang ubuntu kat komp.

    cadangan wat kat ipoh tu tak tau le...kena tny tuan punya projek.

    mgkn ramai tak nampak apa fungsi benda nie.psl mgkn sbb korang dah tau pakai. tp ada 98/% pengguna desktop sana yg tak tau cara nak guna nak pakai ubuntu. malah tak tau pun ubuntu ni ada...

    ReplyDelete
  7. setuju dgn jomlinux..tp kebanyakkan yg tau pasal opensource perkataan "linux" dan "ubuntu" shja..tp untuk try maybe ada yg takut2(kurg pasti/xsure/). usaha saudara dan encik zul dan ramai aktivis GNU/Linux Ubuntu dan distro2 yg lain amatlah dihargai.

    ReplyDelete
  8. tp sy rs baik pada permulaan Linux ini diketengah satu distro dulu...bila dah org kenal Linux baru ketengahkan distro lain psl nanti org keliru psl byk sgt pilihan.

    ReplyDelete
  9. betul tu Jom Linux..maybe lepas ni leh wat untuk openSUSE pulak ke..atau..gOS ;D

    ReplyDelete
  10. kalau nak bagi budak2 baru bagi guna ubuntu jer...kau bagu distro lain cam opensuse/suse dia orang kena tau gak basic shell script.. karang pening lak.. bagi jer dia orang ubuntu.. guna *.deb package.. or apt-get ... xyah nak susah2.. nak make, make install, or make clean... nanti kusut tu.. so far this program is valuable ar..

    ReplyDelete
  11. @hackers_125 : makin lama diorang guna Ubuntu, semakin lama jugaklah mereka akan gunakan shell, dan dengan secara tidak sedarnye mereka akan suka dgnnya dan akan menggunakkannya selalu...

    pendapat aku la ;D

    ReplyDelete
  12. betul tue...sbnrnya aku dah cuba opensuse psl aku suka dia punya theme..lawa! tapi aku leh katakan dia mcm vista le..lawa tp tak mesra.

    aku psg wine...takde keluar lak menu dia. psl ndiswrapper psl wifi aku tak support.pun takde menu yg simple utk letakkan driver. ada sekali aku psg compiz, cuba kat grafik intel terus lambat gile.dia laju kat ati dan nvidia je.

    aku cuba lak nak masuk control panel..bila masuk dia mintak password..bila kita keluar CP nak masuk balik dia tny psword lag walaupun aku dah klik Remember.

    buat ajelah mcm ubuntu, bila masuk pssword dia akan igt smpui 15 minit. pastu kena tulis balik.tu belum ko tgk package dia. kena psg satu2..

    ubuntu ni..2 je aku tak berkenan. 1) tema tak lawa nampak cam windows 95. 2) lama nak boot.

    sekadar pandangan...

    ReplyDelete
  13. @Jomlinux

    leh aku tau x.. intel nyer graphic chip yg kau guna tu.. ader cara nak setup intel graphic driver.. tapi aku confirm la user xkan wat nyer coz susah haha...aku mula2 pun pening gila nak wat..

    ReplyDelete
  14. aku tak ingat le..aku psg kat laptop compaq kwn aku. aku cuba ubuntu..kencang gile. efek dia lg ok dr ati dan nvidia.

    bila aku psg opensuse terus jd lambat gile. tapi bengongle opensuse kalu takde driver intel. psl setau aku intel ni siapkan dokumentasi grafik dia pada open source. betulkan aku kalau salah.

    ReplyDelete
  15. @ Jom Linux

    Document to depend pada kernel.. kalau kernel yg baru nak release n driver/chip pun baru lagi susah nak cakap... kalau nak compile sendiri leh test gak.. tapi make sure dah install kernel source/header dulu

    http://intellinuxgraphics.org/

    ReplyDelete
  16. 6x namaku disebut dlm entri ni..ekeke..

    ReplyDelete
  17. @ melayubuntu : mesti kena promote sikit tuan tanah punya nama...hehe :D

    ReplyDelete
  18. Letak link atas nama "saudara zul" pun salah. Bukan www.melayubuntu.com tapi melayubuntu.blogspot.com,

    ReplyDelete
  19. @mustakin ahmad : memang saudara Zul pakai blogspot..hari-hari sy masuk sini pun tgk link Zul .blogspot...tapi mustakim penah taip tak melayubuntu.com?

    ReplyDelete
  20. hehe nicely done..da ade domain, redirect ke sini

    ReplyDelete
  21. sudah tau ada Ubuntu 9.10 ?
    lebih bagus dari pada versi yang sebelumnya .saya lebih suka Ubuntu 9.10.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...