Thursday, January 08, 2009

Remastersys : Backup keseluruhan ubuntu dan bina distributable ISO image

Notis : Artikel ini ditulis berdasarkan praktikal terlebih dahulu.

Selesai pemasangan ubuntu, kemudian anda setup semua keperluan penting yang lain seperti codecs, flash plugin untuk firefox dan beberapa perisian kegemaran anda seperti inkscape, thunderbird, wine, VLC, games dan sebagainya. Pastinya anda tidak mahu kesemua itu hilang begitu sahaja jika anda melakukan kesilapan yang merosakkan keseluruhan ubuntu.

Memperkenalkan Remastersys, sesuatu yang seharusnya anda cuba hari ini juga dan percayalah, ianya perisian backup yang cukup hebat. Apa yang remastersys ini tawarkan? Ok ada 2 fungsi pusat iaitu;
  1. Ianya boleh backup KESELURUHAN SYSTEM termasuk data persendirian ke dalam satu CD atau DVD yang boleh anda gunakan untuk installasi seterusnya dalam komputer apa jua.
  2. Ianya boleh menghasilkan DISTRIBUTABLE COPY yang boleh anda kongsikan dengan kawan tanpa mempunyai data persendirian anda.
Apa makna semua ini secara praktikal? Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang berfungsi 100% dan anda tidak ingin kehilangannya. Backup menggunakan remastersys > satu iso image terhasil dan burn iso tersebut ke dalam DVD (saizya besar - 1.8GB bagi kes saya) > anda akan mendapat satu live dvd bagi system ubuntu anda tadi. Dengan menggunakan live dvd itu tadi, anda boleh;
  • menggunakannya untuk boot ke dalam live dvd tanpa perlu install terlebih dahulu
  • melalui sesi live dvd anda boleh install dan kesemuanya (system ubuntu yang berfungsi 100%) akan kembali ke tempat asal
  • berkongsi dengan rakan satu sistem ubuntu yang telah lengkap (boleh dengan mp3 etc, boleh guna flash bagi firefox, boleh guna perisian yang tiada dalam ubuntu asas dan sbg)
Ternyata potensi dan kegunaan remastersys masih boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan keperluan pengguna yang berbeza.

Cara Pemasangan

1.Masukkan repo berikut:
deb http://www.remastersys.klikit-linux.com/repository remastersys/
2.Install > klik remastersys
atau masukkan dalam terminal;
sudo apt-get install remastersys
Selesai pemasangan, anda boleh lancarkannya dari System > Administration > Remastersys Backup dan anda akan melihat screenshot berikut;











Anda akan mendapati satu fail iaitu customdist.iso terhasil dalam direktori home dan jangan tanya saya apa harus dilakukan dengan fail tersebut. BURN!

Semoga bermanfaat.

23 comments:

  1. Sdr. Zul, boleh tak kita guna cara ini untuk kita update sistem ubuntu yang tidak mempunyai sambungan internet? kalau boleh, macamana caranya ye?

    ReplyDelete
  2. terima kasih zul,nti aku cuba kat ubuntu aku.sebab aku selalu buat pengubahsuaian kt linux aku ni.jadi x perlulah risau kalau kita dh backup dalam cd @ dvd.

    ReplyDelete
  3. @watahir : xboleh...backup dan update 2 benda yg cukup berbeza..

    @anonymous : sama2...yups 2 la tujuan dia.

    ReplyDelete
  4. Begitu mudahnya ubuntu sekarang ni. Tak sama dengan distro yang lain.

    ./configure
    make
    make install
    make clean
    blablabla


    Aku masih didalam kawasan GNU/Linux. Cuma ubuntu ni membuatkan aku "awesome"

    ReplyDelete
  5. "berkongsi dengan rakan satu sistem ubuntu yang telah lengkap (boleh dengan mp3 etc, boleh guna flash bagi firefox, boleh guna perisian yang tiada dalam ubuntu asas dan sbg)"


    salam, sy membayangkan suatu iso image ubuntu yang lengkap untuk dikongsi dengan rakan2. Sangat bagus untuk memperkenalkan Ubuntu kepada pengguna2 newbie yang menjadikan masalah update ( driver ,codecs, vlc, applikasi wine dan sebagainya) sebagai alasan untuk tidak mencuba Ubuntu.

    Mesti cuba ;D

    ReplyDelete
  6. he he he

    oohh macam ni caranya nak buat super ubuntu.
    baru la rasa konfiden kalo nak distribute kat kengkawan.

    thanxx bebanyak zul..

    ReplyDelete
  7. memudahkan lagi kerja packaging ni..
    lagi cepat muncul distro melayubuntu..
    haha ;P

    ReplyDelete
  8. x dpt backup. dia kluar statemen kata the file too big with the current iso format for single file. mcm mana nk settle ek?

    ReplyDelete
  9. @anonymous : ko masukkan user data ke?try guna pilihan ke2 atau ke3

    ReplyDelete
  10. wah!!! ade ke idea nak buat distro melayubuntu? lau ade, memang hebat betul la komuniti nih.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. ""Mustakim Ahmad said... 4

    Begitu mudahnya ubuntu sekarang ni. Tak sama dengan distro yang lain.

    ./configure
    make
    make install
    make clean
    blablabla


    Aku masih didalam kawasan GNU/Linux. Cuma ubuntu ni membuatkan aku "awesome" ""


    aku suka cara ni..baru best.. hahaha

    ReplyDelete
  12. To hackers_125

    GUI tetap menjadi pujaan hati, Slackware masih menjadi sniperku dan CLI tetap menjadi mangsa buruanku.

    Haha..

    reboot!

    ReplyDelete
  13. CLI lebih advance berbanding GUI. Pilih je mana satu yang disukai. Cuma limitation terhadap GUI lebih tinggi.

    ReplyDelete
  14. baper lama kau ambil masa utk backup satu system tu?

    ReplyDelete
  15. wah..
    rekod..2 jam backup utk ubuntu aku..

    ReplyDelete
  16. aku kejap jer..kurg stgh jam. kecik pun failnya..muat 1cd je

    ReplyDelete
  17. slm...
    sy kurang fhm dengan deb http://www.remastersys.klikit-linux.com/repository remastersys/..
    kne install melalui web ke atau terus paste ke terminal?

    ReplyDelete
  18. slm...
    bila sy msuk kn repo dy keluar error..
    GPG error: http://ppa.launchpad.net intrepid Release: The following signatures couldn't be verified because the public key is not available: NO_PUBKEY AC9D76CD6E73CA45Failed to fetch http://www.remastersys.klikit-linux.com/repository/remastersys/Packages.gz 404 Not Found
    Some index files failed to download, they have been ignored, or old ones used instead.

    mcm mane nk solve bende nie?

    ReplyDelete
  19. ada tak cara lain selain daripada guna repo?

    ReplyDelete
  20. artikel ni ditulis dalam versi ubuntu yg berbeza..jadi mgkin ada problem..sila rujuk artikel yg terbaru.tq

    ReplyDelete
  21. boleh dpt kn link untuk artikel yg terbaru?
    trimas..

    ReplyDelete
  22. http://www.geekconnection.org/remastersys/ubuntu.html

    ReplyDelete
  23. salam, cikgu linux, remaster ni dah takleh nak download..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...