Posts

Showing posts with the label backup

Antara Remastersys dan APTonCD

Izinkan saya memberikan anda satu situasi. Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang telah terpasang siap dengan codecs, perisian kegemaran, disetup dengan efek desktop dengan segala bagai kelengkapan yang cukup membuatkan anda rasa selesa untuk menggunakannya. Persoalannya, katakan anda ingin memindahkan sistem ubuntu yang telah siap itu kedalam satu komputer baru, atau mungkin ke dalam komputer yang sama tetapi partition yang berlainan yang mempunyai ruang harddisk yang lebih besar atau mungkin ingin berkongsi setup sistem ubuntu tersebut dengan rakan-rakan anda. Apa yang harus anda lakukan? Sebenarnya terdapat 2 alat yang boleh menyelesaikan masalah sekiranya anda dalam situasi di atas. Remastersys APTonCD Seperti yang anda dapat baca, sebenarnya saya sudah tulis berkenaan kedua-dua alatan ini berserta cara menggunakannya. Jadi kepada yang berkenaan, saya harap dapat mencuba kedua-dua alat ini. Selamat mencuba.

Back In Time - Satu Perisian Backup untuk ubuntu.

Image
Salam saya dari kesibukan. Kali ini, saya ada tutorial macam mana untuk melakukan proses instalasi Back In Time, satu perisian yang saya anggap amat berguna untuk backup ubuntu kita. Segala-gala tentang perisian ini terdapat di sini . Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan! 1) Edit fail /etc/apt/sources.list sudo gedit /etc/apt/sources.list 2) Tambahkan command ini pada sources.list kita. deb http://le-web.org/repository stable main 3) Save dan exit. 4) Masukkan informasi GPA key wget http://le-web.org/repository/le-web.key sudo apt-key add le-web.key 5) Update sudo apt-get update 6) Instalasi Back In Time sudo apt-get install backintime-common backintime-gnome 7) Perisian tersebut akan berada di System Tools>Back In Time Contoh Screenshot:

Remastersys : Backup keseluruhan ubuntu dan bina distributable ISO image

Image
Notis : Artikel ini ditulis berdasarkan praktikal terlebih dahulu. Selesai pemasangan ubuntu, kemudian anda setup semua keperluan penting yang lain seperti codecs, flash plugin untuk firefox dan beberapa perisian kegemaran anda seperti inkscape, thunderbird, wine, VLC, games dan sebagainya. Pastinya anda tidak mahu kesemua itu hilang begitu sahaja jika anda melakukan kesilapan yang merosakkan keseluruhan ubuntu. Memperkenalkan Remastersys , sesuatu yang seharusnya anda cuba hari ini juga dan percayalah, ianya perisian backup yang cukup hebat. Apa yang remastersys ini tawarkan? Ok ada 2 fungsi pusat iaitu; Ianya boleh backup KESELURUHAN SYSTEM termasuk data persendirian ke dalam satu CD atau DVD yang boleh anda gunakan untuk installasi seterusnya dalam komputer apa jua. Ianya boleh menghasilkan DISTRIBUTABLE COPY yang boleh anda kongsikan dengan kawan tanpa mempunyai data persendirian anda. Apa makna semua ini secara praktikal? Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang berfungsi 10...