Thursday, January 29, 2009

KDE 4.2 "The Answer" mendarat megah!


Setahun selepas kelahiran KDE 4.0, dan 6 bulan setelah KDE 4.1 dilepaskan, kini KDE 4.2 sedia untuk dipasang ke dalam desktop linux anda. Meskipun saya ialah pengguna GNOME tegar yang tiada kaitan apa-apa dengan KDE, namun kemunculan yang eksklusif sebegini kadang-kala menyebabkan saya terpanggil untuk mencuba KDE 4.2.

Lantas saya memasukkan repo kubuntu-desktop dan memasangnya. Nampaknya saya hanya boleh mencuba versi KDE 4.2 RC2. Apa yang saya perasan setelah beberapa jam menggunakan persekitaran desktop KDE ialah, ianya mengingatkan saya kepada windows vista yang telah hampir setahun ditinggal sepenuhnya. Efek glossynya pula seakan-akan windows 7. Dude, gua tak minat efek glossy. Serius wa cakap lu. Mata gua cepat penat tengok benda2 yang glossy nih.

Interface KDE 4.2 bagi saya cun tetapi effeck glossy adalah satu kelemahan yang nyata bagi saya secara peribadi. Wallpaper yang "blurry" pula menambahkan kepenatan mata saya untuk menatap interface KDE 4.2. Itu bagi saya dan mungkin anda tidak berkongsi "alergik" yang sama. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan review dengan lebih mendalam tentang KDE 4.2.

10 comments:

  1. haha.. dah post pun pasal ni :)
    emm macam mana nak tahu K punya KDE tu RC2 ke atau dah final?

    sebab K dah update masa hari dia kuar tu.. :)

    ReplyDelete
  2. wah... hahahaha...
    (rilek je die kutuk kde... hahaha)
    papehal, tunggu komen user lain.. syah pulak, bile ade je dalam kde terus rase lain macam.. macam ade sesuatu yang x kene.. ade sesuatu yang x siap.. hahaha.. nth la.. mungkin perasaan je kowt..

    ReplyDelete
  3. @SyaFia : ko bukak dolphin pastu Help > About KDE.

    @syah : aku kutuk secara peribadi jer...aku sorang je kot xsuka glossy..hahhaha

    ReplyDelete
  4. salam
    bro shah cam ne nak download kde tu
    saya tak paham sebab banyak sangat link ,dan ftp

    ReplyDelete
  5. anonymous.. kau pakai pernah pakai x kde4 sebelum ni? kalau xpernah, kau pergi kat system>administrations>software sources..

    lepas tu kat tab third party software, pastu klik add..
    kau masukkan line ni,

    deb http://ppa.launchpad.net/kubuntu-experimental/ubuntu intrepid main

    pastu bukak terminal dan taip,
    sudo su -

    pastu masukkan GPG Key dengan masukkan command ni,

    gpg --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 493B3065 && gpg --export -a 493B3065 | sudo apt-key add -

    pastu install la kubuntu-desktop macam biase.. huhuhu..

    sudo apt-get update

    sudo apt-get install kubuntu-desktop

    beres? :)

    ReplyDelete
  6. Salam....

    KDE ader versi baru? Dah lama aku tak dengar atau ambil cakna tentang KDE. Aku pun tak beberapa suka KDE (bukan Kubuntu sahaja, tetapi termasuklah SUSE). Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin ia banyak menggunakan warna 'biru' dalam OSnya.(kalau dibandingkan dengan ubuntuME). huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. tak follow sangat KDE..
    sebab slalu follow XFCE, Gnome ngan Enlightement..
    tidak dilupakan X Session..hua3

    ReplyDelete
  8. @ ayem36: hahaha.. kebiruan sangat.. ubuntume kehijauan.. ala-ala "politik" gitu.. hahaha... kalau gitu, syah pun nak sokong ubuntume la.. bau kehijauan sikit.. hahahhaa...

    @ jipang_menjerit: huhuhu... same la.. tapi entah macam mana semalam boleh terinstall kde4.2 nih.. hahaha...

    ReplyDelete
  9. haha aku ingat kan tadi Vista pakai theme kde... bagus2.. berita yang sangat baik.. jadi lepas ni tak kan ade orang yang berani cakap interface Linux buruk..

    ReplyDelete
  10. pendapat aku, aku x brp suka pakai gnome. glossy aku rasa lagi fresh. sdp mate memandang.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...