Posts

Showing posts with the label percuma

Celestia beraksi!

Bagi yang mahu melihat bagaimana rupa Celestia. Video ini dirakam menggunakan gtk-recordMyDesktop. Sistem: -Ubuntu 9.10 Karmic -Kernel 2.6.31-22-generic -Platform i686 -intel core 2 duo -Ram 488. Mb

Mengembara ke alam semesta dengan CELESTIA

Image
Tak perlu sistem yang canggih-canggih untuk melihat angkasa lepas. Anda hanya perlukan sebuah komputer dan perisian Celestia. Celestia membolehkan anda mengembara ke sistem solar dan lebih 100, 000 bintang di dalam galaksi. Cara instalasi: Gunakan Synaptic package manager atau " Sudo apt-get install celestia " Apa yang terdapat dalam Celestia: -Pengalaman 3D alam semesta -Pergerakan sebenar alam semesta -Kebolehan mencari -Zoom -Antaramuka klik untuk pergi(point to go) Baik: -Percuma :) -Perspektif 3D -Mempunyai addon untuk antaramuka yang lebih realistik Buruk: -Help file yang yang tidak berfungsi(mungkin yang yang memakai environment KDE tidak ada masalah) -Tiada maklumat tambahan tentang elemen dalam galaksi Pendapat: -Bagus untuk memupuk minat dalam astronomi -Boleh melihat bagaimana planet atau bintang mengorbit dalam masa sebenar(real time) -Bagus untuk pembelajaran di sekolah, kolej mahupun di peringkat universiti.

Membina Laman Web Kedai Online Secara Percuma

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama tidak menulis di sini. Namun, kita semua patut berterima kasih kepada saudara Zul kerana tidak putus-putus menambah entri-entri terbaru di sini. Kali ini, penulis akan memperkenalkan satu aplikasi mudah dan pantas sesuai untuk pembangun-pembangun laman web menambah fungsi laman mereka. Penulis pasti yakin, anda semua tentu pernah lihat contoh-contoh laman web yang berorientasikan katalog jualan atau bahasa mudahnya kedai online. Dalam komuniti sumber terbuka, terdapat pelbagai aplikasi yang anda boleh dapati secara percuma, antaranya adalah, Zen-cart , Oscommerce dan banyak lagi. Hanya perlu goggle katakunci di atas dan pelbagai pilihan akan muncul.Entri kali ini, penulis akan lebih tertumpu kepada Quick.Cart , salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh OpenSolution. Maklumat lanjut boleh didapati di sini . Contoh menggunakan Zen-cart Contoh menggunakan Oscommerce Serba ringkas mengenai Quick.Cart Dibangunkan oleh 4 orang pengaturcara (ber...