Podcast Kuliah Ust Azhar dalam telefon Android, Blackberry, Symbian dan juga Ubuntu
Saya ada terbaca dalam laman web Ust Azhar berkenaan cara-cara untuk subscribe podcast kuliah beliau mengguna iPhone melalui aplikasi iTunes. Lalu bagaimana sekiranya seseorang itu tidak mempunyai iPhone? Saya menemui sebuah laman web iaitu http://podcast.kuliyah.net/v1/ yang ada menyediakan suapan (feed) podcast kuliah ust azhar. Setahu saya, sekiranya anda mempunyai pautan suapan ini, anda boleh subscribe menggunakan apa sahaja perisian podcast yang terdapat dalam mana-mana telefon seperti Android, Blacberry dan juga Symbian (telefon nokia). Saya juga telah mencuba pautan suapan tersebut menggunakan fungsi podcast dalam Banshee menggunakan Ubuntu dan sekali lagi ianya berjaya tanpa apa-apa masalah. Screenshot disebelah misalnya dicuba dalam telefon symbian (nokia) menggunakan aplikasi podcast dengan memasukkan pautan suapan : http://podcast.kuliyah.net/v1/feed.xml dan hasilnya, podcast berjaya dimuatturun dengan jayanya. Perkembangan teknologi seperti i...