Ubuntu Malaysia LoCo Team, Sebuah Harapan
Ramai tak yang guna antaramuka FB dalam ms_MY ye.. Cekupan skrin di atas merupakan status Facebook yang dipos beberapa hari lepas oleh @ fenris yang merupakan leader Ubuntu Malaysia LoCo Team. Bagi yang tidak tahu atau kurang jelas mengenai LoCo Team (singkatan kepada Local Community Team ), ianya bertujuan membantu, menyebar, berkongsi serta menjadi rujukan dan tempat bagi peminat dan pengguna Ubuntu di sesuatu tempat. Dalam kata lain, ianya merupakan bantuan tempatan secara sukarela mereka yang bersemangat dan ingin berkongsi ilmu yang ada tentang sumber terbuka khususnya sistem pengoperasian Ubuntu (p/s: banyak lagi kumpulan-kumpulan yang seperti LoCo Team, seperti Linux User Group (LUG), Open Source Group, dan lain-lain) . Di Malaysia, LoCo Team telah ditubuhkan sekitar 2005, dan telah menjadi rasmi pada 2009 (betulkan kalau saya silap). Dari tahun ke tahun, LoCo Team dari Malaysia telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi peminat serta pengguna Ubuntu di serata t...