Ramai tak yang guna antaramuka FB dalam ms_MY ye..
Cekupan skrin di atas merupakan status Facebook yang dipos beberapa hari lepas oleh @fenris yang merupakan leader Ubuntu Malaysia LoCo Team.
Bagi yang tidak tahu atau kurang jelas mengenai LoCo Team (singkatan kepada Local Community Team), ianya bertujuan membantu, menyebar, berkongsi serta menjadi rujukan dan tempat bagi peminat dan pengguna Ubuntu di sesuatu tempat. Dalam kata lain, ianya merupakan bantuan tempatan secara sukarela mereka yang bersemangat dan ingin berkongsi ilmu yang ada tentang sumber terbuka khususnya sistem pengoperasian Ubuntu (p/s: banyak lagi kumpulan-kumpulan yang seperti LoCo Team, seperti Linux User Group (LUG), Open Source Group, dan lain-lain). Di Malaysia, LoCo Team telah ditubuhkan sekitar 2005, dan telah menjadi rasmi pada 2009 (betulkan kalau saya silap).
Dari tahun ke tahun, LoCo Team dari Malaysia telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi peminat serta pengguna Ubuntu di serata tanah air. Antaranya membangunkan laman rasmi Ubuntu Malaysia, forum, wiki, planet, mailling list serta IRC. Selain aktiviti berasaskan WWW, team juga turut mengadakan meetup, di mana Ubunturian dan kipas-susah-mati sumber terbuka berjumpa dan berkongsi idea, pengalaman, menyelesaikan masalah, serta berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Selain itu juga, mereka turut melibatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan dengan komuniti sumber terbuka di Malaysia, seperti membuka booth di Malaysia Open Source Conference (MOSC), serta menerima jemputan daripada pihak-pihak yang berminat dengan sumber terbuka, tidak ketinggalan agensi kerajaan dan swasta, dan IPT.
Agak-agak tarian apalah yang dilakukan geng kita ni masa meetup ni ye.. [via]
Bergambar kenangan di Linux Varsiti @ UTM Skudai 2009. Yang baju merah tu tahun tersebut datang sebagai sukarelawan je, tetapi tahun berikutnya di acara yang sama menjadi pembesar suara :-) [via]
Ada sesuatu yang serius sedang disampaikan fenris berkenaan ubuntu-my semasa bengkel inter-distro kali ke 2 dan perjumpaan KOSTEM di HackerspaceKL [via]
Tak menang tangan si penjaga booth Ubuntu di Karnival ICT Pahang anjuran Kerajaan Negeri [via]
Antara Harapan dan Realiti
LoCo Team merupakan satu struktur organisasi yang rasmi daripada komuniti Ubuntu global. Ini bermaksud, penubuhan sesuatu LoCo Team di sesuatu tempat diselenggara oleh satu badan yang dikenali sebagai Ubuntu LoCo Council (Majlis LoCo Ubuntu). Mereka yang akan melulus atau membatalkan keanggotaan sesebuah LoCo Team. Selain itu, Majlis bertanggungjawab memberi panduan, menjaga kualiti, penyelesai masalah secara pihak ketiga, serta memberi motivasi dan memberi semangat kepada LoCo Team yang wujud.
Berbalik pada LoCo Team di Malaysia, untuk pengetahuan keahlian komuniti di Malaysia telah luput secara rasmi pada Jun lepas. Namun saudara fenris (ataupun ejat) telah memohon penangguhan. Kini status berada dalam keadaan re-approval. Maknanya, untuk terus kekal, LoCo Team perlu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya aktif dalam menjalankan segala aktiviti berkaitan Ubuntu di tempat mereka serta mengemaskini apa yang berkenaan, dan tidak terkecuali LoCo kita. Kalau tak silap, keahlian LoCo Team kekal selama setahun, sebelum pihak Majlis membuat pemantauan sekali lagi.
Secara asasnya, ada 2 perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan LoCo di Malaysia terus menjadi satu LoCo yang approved dan aktif. Pertama, kita perlu mengumpulkan segala maklumat berkenaan Ubuntu yang telah dijalankan di seluruh tanah air sebagai bukti kita aktif. Tidak kira di tempat anda pernah menganjurkan bengkel pengenalan Ubuntu, atau sebarang acara yang berkaitan dengan Ubuntu; pameran, demonstrasi pemasangan Ubuntu, atau apa-apa sahaja yang bersangkutan, sila tampilkan bukti; foto-foto, video, blogpost, laporan. Kesemua perkara tersebut harus dikemaskini di wiki Ubuntu Malaysia, supaya mana-mana geng LoCo kita boleh uruskan untuk tahap seterusnya.
Struktur organisasi Ubuntu Malaysia LoCo Team yang dirancang [via]
Yang kedua, sekiranya anda rasa anda berkebolehan dan berminat untuk menyertai komuniti, jangan segan silu untuk menjadi sebahagian daripada Ubuntu Malaysia LoCo Team. Jika sebelum ini anda hanya menjadi pemerhati - dan suka mengkritik - terhadap perkembangan komuniti Ubuntu di Malaysia, nah, inilah masanya anda menunjukkan bakat anda secara organisasi.
Melihat pada carta di atas, terdapat beberapa bahagian yang boleh diisi. Jangan risau, sekiranya anda cuma seorang pengguna biasa dan tiada pengalaman dalam pengatur caraan (sebagai contoh), anda masih boleh menyumbang, melalui aktiviti terjemahan misalnya. Dan bahagian-bahagian di atas bukanlah tetap, anda boleh menambah baik atau memberi cadangan yang lebih bernas. LoCo Team sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk komuniti.
Harus diingat, ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sukarela. Anda tidak akan mendapat ganjaran atau upah sekiranya anda terlibat secara langsung dalam LoCo Team. Tetapi, apa yang anda perolehi adalah pengalaman yang begitu berharga dan paling penting, anda dapat menyumbangkan sesuatu dalam kemandirian komuniti Ubuntu di Malaysia. Anda juga boleh berkenalan dengan otai-otai sumber terbuka di tanah air.
Konklusi
Rasanya dalam entri ini tak muat nak dicanangkan segalanya berkenaan LoCo atau sumber terbuka di Malaysia amnya. Ianya merupakan satu titik tolak dalam memastikan kita tahu bahawa usaha-usaha banyak dirangka dan dilaksakan demi memartabatkan FLOSS di tanah air. Ubunturian dan kipas susah mati sumber terbuka di luar sana, peluang sudah terbuka luas untuk kita, terpulang bagaimana respon dan tindakan kita selepas ini. Kita selalu memandang 'jiran' kita yang cukup aktif dalam usaha sebegini. Nah, kita pun boleh lakukannya bukan? Dan saya pasti, yang lain-lain pastinya berusaha ke arah tujuan yang sama. Geng Melayubuntu, JomLinux, dan sebagainya akan terus mendokong falsafah ini.
Pautan Luar
Laman utama Ubuntu Malaysia: http://www.ubuntu.com.my/
Wiki Ubuntu Malaysia: http://wiki.ubuntu.com.my/
Forum Ubuntu Malaysia: http://forums.ubuntu.com.my/
Mailling list: https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my
Halaman Facebook: https://www.facebook.com/groups/ubuntumy/
p/s: Maaflah kepada geng yang dah lama join Ubuntu-my kalau ada banyak lompong dalam entri ni. Ku cuma menulis berdasarkan apa yang tampak...
test comment..taktau kenapa disqus tak kuar komen bagi post nih..huhu
ReplyDeleteSo sekarang aku xtau kenapa comment default masih ada dan tak hide..alahai..
ReplyDeleteterima kasih diatas huraian dan penjelasan mengenai LoCo Team bro ... semoga rakan2 kita diluar sana dapat join !!!
ReplyDeleteDah lama aku nak join program sebegini, tapi sampai sekarang tak tau kat mana nak bermula..
ReplyDeleteBerminat mahu jadi tim translate bahasa Melayu.. boleh kah??
ReplyDeletepadan la ramai sangat orang add aku kat fesbuk..ade gambar aku kar sini ghupenye :P
ReplyDeleteWah, nampak macam syok, best nyer kalu saya dapat follow... saya dah lama guna Ubuntu nie (x la berapa lama sangat) start dari Ubuntu 09.10 lagi. Pada asalnya memang saya tidak suka dengan cara untuk memasang aplikasi didalam Ubuntu. sebab kena sambung dengan internet. Pada hematnya saya bukanlah selalu sangat online.. memandangkan bil internet pun bayar x bayar jer.. Jadi saya fikirkan salah satu cara lain yang memudahkan pengguna Ubuntu untuk install packages secara offline. (ala-ala macam windows.. kita download software dulu baru install). saya ada letakkan di laman blog saya ... harap otai-otai MELAYUBUNTU dapat bagi pandangan tentang blog saya ini...
ReplyDeletedan untuk pengetahuan.. laman ini baru sahaja ditubuhkan, tak sampai 4 hari pun, so.. banyak package yang tak dapat diupload lagi... (harap maaf)
http://ubuntu-offline.blogspot.com/