Saturday, September 10, 2011

MelayUbuntu setup: Ahmad Abugarcia





Abugarcia atau nama timangannya Fadhil Husin. Katanya kerja sebagai kuli atau bahasa saintifiknya coolie ngarsus di sebuah jabatan kerajaan. Nampaknya beliau seorang peminat Liverpool FC maknanya seteru kuat dengan Shimgeek(Man Utd dan kipas-susah-mati tim kejor yob kejor). Mempunyai persamaan minat dalam bidang muzik iaitu meminati band kugiran kahwin muse dan butterfingers. Cukup sudah aku mengarut hendak tahu lebih lanjut Engkauorang boleh tengok sendiri Laman FB beliau.

Perkakas Komputer

Foxxcon motherboard
2.66 GHz Intel Dual Core
3 GB DDR2 RAM
512 MB Nvidia Graphic Card
160 GB Seagate SATA HARD Disk

Setup Ubuntu

Ubuntu 11.04 Natty Narwhal dengan Unity
Faenza icon desktop

Perisian Harian

kerja - kerja menaip dan sebagainya - LibreOffice
Pelayar internet - firefox
Pemain media - vlc player
Edit grafik - GIMP, Inkscape
Pengaturcaraan - netbeans
lain - lain perisian - thunderbird, playonlinux

Setup Impian

Mahu pasang linux pada laptop pula, lebih 'mobile' dan senang nak 'promote' linux/ubuntu pada kawan2 ;)
laptop impian - macbook air 2001


Uish...aku pun minat gak Macbook air ni...sabar-sabar (monolog dalam)...Disamping itu aku nak ucapkan selamat bersara kepada Steve Jobs kerana berjaya menamatkan kareernya dengan gemilang. Salah seorang tokoh yang aku gemari. Legasi yang perlu diteruskan oleh Tim Cook. Apa-apa pun terima kasih Abugarcia...

Sesiapa yang berminat untuk menhantar setup Ubuntu/Linux mereka, saya alu-alukan emel kepada hashimwinger11@gmail.com

Nak Lagi MelayUbuntu Setup

Abu Garcia adalah salah satu daripada koleksi MelayUbuntu Setup.

3 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...