Monday, September 19, 2011

Ubuntu Tweak 0.6 Beta Sedia Untuk Dicuba oleh Pengguna & Pembangun

Versi Ubuntu Tweak yang menyokong ubuntu 11.10 pastinya dinanti-nantikan oleh pengguna ubuntu yang tidak mahu terjun ke dalam terminal semata-mata untuk mengubah beberapa aturan desktop mereka. Kini, Ubuntu Tweak 0.6 sudah hampir untuk dilepaskan sepenuhnya apabila pihak pembangunnya menerbitkan versi beta yang pertama.

Antara ciri-ciri dan perubahan penting yang diperkenalkan dalam perisian utiliti ini ialah;

  1. Antaramuka serba baru
  2. Informasi paparan utama
  3. Semua cirinya "plug-able"
  4. Package Cleaner menjadi satu ciri penting (dikenali sebagai Janitor)
Ciri penting : [Overview], [Tweaks], [Admins], [Janitor]


Dalam preferences, pengguna boleh enable, disable, pasang plug-in baru.


Fungsi [Tweaks] dan [Admins] mempunyai antaramuka selaras dengan Gnome Control Center bersekali dengan fungsi butang [Forward] dan [Back]


...dan beberapa lagi perubahan antaramuka lain.

Kemana perginya App Center dan Source Center?

Kedua-dua fungsi ini masih belum dibangunkan lagi dan mengikut pembangunnya juga, kemungkinan besar fungsi ini akan didatangkana dalam bentuk plug-in.

Mencuba Ubuntu Tweak 0.6 Beta Dalam Ubuntu 11.04 dan 11.10 (NOTA : Masih tidak menyokong 11.10 sepenuhnya)

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/next 
sudo apt-get update 
sudo apt-get install ubuntu-tweak

Pihak pembangun Ubuntu Tweak menyarankan supaya lebih banyak plug-in boleh dihasilkan untuk mempelbagaikan fungsi Ubuntu Tweak serba baru ini. Untuk berbuat demikian, boleh merujuk ke https://wiki.ubuntu.com/UbuntuTweak/HowToWritePlugins

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...