Monday, September 26, 2011

MelayUbuntu setup: Mohadila

Nama Glamour : Mohadila

Nama sebenar : Mohamad bin mohd yusoff

Pekerjaan : Penolong pegawai perubatan di Hospital Pekan, Pahang(Pasni ada pembaca2 Melayubuntu yang sakit2 nak ubat tu boleh lah calling2 Mohadila...ye tak??)

Walaupun kerja saya jauh menyimpang dari dunia pengkomputeran, namun minat terhadap komputer melebihi segalanya. Melakukan kerja repair komputer sebagai kerja part time.

Pengalaman dengan LINUX:

Mula mengenali Linux seawal 1998 melalui RedHat Linux 5.0, semuanya secara kebetulan ketika lepak bersama rakan-rakan di kolej Tun Razak, UTM Skudai. Ketika itu semua setup hardware dilakukan secara manual menggunakan command line dan script editing (bukan plug & play cam sekarang nie). Walaupun untuk setup linux ketika itu begitu susah, dengan kurangya sumber rujukan, kami semua begitu gigih untuk cuba belajar menggunakan linux. Mengenai Ubuntu pula, mula menggunakannya mulai ubuntu 8.10 sehinggalah sekarang. Mula-mula dulu, buat dual boot, sekarang nie ubuntu sudah menjadi OS tunggal pada komputer saya.

Apakah setup ubuntu/linux anda sekarang?

Prosesor : Intel Pentium Dual Core E6500 @ 2.93GHz

Memori : DDR2 RAM 2GB 800MHz

motherboard : Gigabyte G31M-ES2L

Kad Grafik : ASUS EN8400GS Silent / 512Mb DDR2

Distro-OS : UBUNTU 11.04

Theme : Mac4Lin_Aqua

Dock : Cairo Dock


Perisian apa yang anda gunakan seharian, dan untuk apa anda gunakannya?

Office : LibreOffice 3.3.3

Photo Editing : GIMP

Internet Browsing : Chromium & Firefox

Movie Player : VLC & UMPlayer

Audio : Banshee & Audicious

Movie Editing : OpenShot

Chat : Skype & Pidgin

Social Hub : Gwibber


Setup yang diidamkan?

Mengimpikan untuk menubuhkan kelab seperti LOCO di kawasan saya(kat mana tu mohadila?ce cite...) bertujuan untuk memperkenalkan UBUNTU & Linux sebagai OS yang hebat, walaubagaimanapun disebabkan kesibukan kerja impian tersebut masih tinggal impian.

13 comments:

  1. thanks kerana sudi siarkan melayubuntu setup saya nie. Menubuhkan satu kelab seakan-akan LOCO adalah impian saya dari dahulu la, sejak mula berjinak-jinak dengan UBUNTU nie. Rasanya kt area pekan dan muadzam shah, pahang. Kesibukan kerja membataskan segalanya. Dulu ader gak kenal2 ngan member2 peminat ubuntu nih kt tempat kerja (Hospital Pekan). Mana2 yg nk join boleh la rojer2 email saya, mohamad.yusoff(at)gmail

    ReplyDelete
  2. Sama-sama...orang berbudi,kita berbahasa....org memberi, kita merasa...hehehe

    ReplyDelete
  3. guna windows pun kt keje jer la, tue pun sbb sisten e-HIS yang digunakan hospital memerlukan windows dan internet explorer, klo x dah lama lupakan windows....

    ReplyDelete
  4. nk join gak lah.....

    ReplyDelete
  5. boleh Anon...emel kepada saya hashimwinger11@gmail.com

    ReplyDelete
  6. bro ade fb bro..?
    nk btyer nih.. function utk swap mase instal tu untk ape..?

    ReplyDelete
  7. partisi swap space yg kita ciptakan pada cakera keras boleh saya katakan sebagai ruang memori (RAM) tambahan daripada yang sedia ada..

    ReplyDelete
  8. rajin korang.. hehe.. bngga aku jd warga Ubuntu.. jenguk2 lah ke blog gua.. jgn lupa like..=D

    www.teamsgcorp.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. deensokmo:

    so kalu aku instal ubuntu pstu swap ngn windows dia jadi cmner..? partition windows jadi ape..?

    ReplyDelete
  10. org pekan ke nie..? same kmpung la plak...ade jgk org pekan jd warga ubuntu...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...