Ubuntu Natty Narwhal 11.04 Beta Dilepaskan Secara Rasmi
Pihak pembangun ubuntu telah mengumumkan pelepasan rasmi Ubuntu Natty Narwhal 11.04 beta kepada umum untuk tujuan percubaan. Ada sesuatu yang istimewa dengan versi kali ini di mana ianya menggunakan antaramuka serba baru yang dipanggil Unity dan antaramuka ini akan digunakan sepenuhnya dalam versi akhir pembangunan Natty nanti. Pihak pembangun ubuntu juga telah menggugurkan perkataan "Edition" pada versi netbook dan sekaligus mengabungkannya bersama versi desktop di bawah nama baru iaitu "Ubuntu" sahaja manakala Ubuntu Server Edition juga kini dikenali dengan hanya Ubuntu Server. Ini bermaknanya, tidak ada lagi Ubuntu Netbook Edition di masa akan datang. Ubuntu Natty Narwhal versi beta ini boleh dimuatturun secara percuma di : http://www.ubuntu.com/testing/natty/beta