Posts

Showing posts with the label autokey

Autokey : Kerja menaip menjadi semakin cepat [Video Didalam]

Image
Saya menemui satu perisian yang selama ini saya cari-cari. Ia hanya aplikasi kecil tetapi ia juga memudahkan, mempercepatkan, dan sangat berguna terutama sekali kepada saya. Sebelum saya menerangkan tentang fungsi perisian itu dengan lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada anda apakah frasa atau ayat yang sering kali ada taip? Tentunya alamat rumah, nama penuh, alamat email dan bermacam lagi merupakan antara perkara yang sering anda taip bukan? Menaip perkara yang sama berulang-ulang kali kadang kala melecehkan bukan? Ok, aplikasi yang ingin saya ulas hari ini iaitu Autokey akan memudahkan kerja-kerja menaip sesuatu yang berulang-ulang. Katakan saya perlu menaip alamat rumah saya; 231, Kg Bukit Chempaka, Batu Rakit, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu. Panjang bukan? Namun dengan Autokey, saya boleh setkan supaya apabila saya menaip "adr" misalnya, dengan automatik alamat saya yang panjang diatas tertaip sendirinya. Blurr atau masih tidak faham? Ok kita lihat video...