Posts

Showing posts with the label terjemah

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) : Rujukan Inggeris - Melayu Terkini Online

Image
Adakah anda terlibat dengan penterjemahan perisian sumber terbuka dari bahasa inggeris ke bahasa melayu? Masalah utama proses ini hingga ke hari ini ialah kita tidak mempunyai rujukan tunggal. Lalu penterjemah mentafsirkan sesuatu perkataan mengikut apa yang dia faham. Oleh kerana ramai penterjemah yang terlibat, efisiensi, kepersisan dan kejituan sesuatu penterjemahan yang dihasilkan adalah tidak begitu membanggakan. Saya dimaklumkan oleh Sdr Tajul Azhar (terima kasih) bahawa Seorang pensyarah dari UKM iaitu Dr Shanudin telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan sesuatu yang dinamakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dilayari di :  http://prpm.dbp.gov.my/ . Berita menariknya ialah, banyak istilah IT yang telah dikemaskini dan dengan perkembangan ini, penterjemah yang selama ini terkial-kial menggunakan istilah sendiri boleh membuat rujukan ketika membuat kerja-kerja penterjemahan. Satu perkembangan yang baik bukan sahaja dalam bidang...