Adakah anda terlibat dengan penterjemahan perisian sumber terbuka dari bahasa inggeris ke bahasa melayu? Masalah utama proses ini hingga ke hari ini ialah kita tidak mempunyai rujukan tunggal. Lalu penterjemah mentafsirkan sesuatu perkataan mengikut apa yang dia faham. Oleh kerana ramai penterjemah yang terlibat, efisiensi, kepersisan dan kejituan sesuatu penterjemahan yang dihasilkan adalah tidak begitu membanggakan.
Saya dimaklumkan oleh Sdr Tajul Azhar (terima kasih) bahawa Seorang pensyarah dari UKM iaitu Dr Shanudin telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan sesuatu yang dinamakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dilayari di : http://prpm.dbp.gov.my/. Berita menariknya ialah, banyak istilah IT yang telah dikemaskini dan dengan perkembangan ini, penterjemah yang selama ini terkial-kial menggunakan istilah sendiri boleh membuat rujukan ketika membuat kerja-kerja penterjemahan.
Satu perkembangan yang baik bukan sahaja dalam bidang IT tetapi juga semua bidang yang memerlukan penterjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Tahniah kepada yang terlibat menjayakan projek ini.
Sunday, June 27, 2010
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) : Rujukan Inggeris - Melayu Terkini Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
Sebagai tambahan, Dr. Shanudin juga pencinta Open Source dan menggunakan FreeBSD dan Ubuntu dalam tugasannya sehari-hari ;)
ReplyDeleteerm bagus nih..lepas ni mudahlah nak rujuk =)
ReplyDeleteini adalah kamus yang banyak membantu aku dalam terjemahan masa buat entri dalam blog :D
ReplyDeletekalau dulu aku guna tempat lain tapi lepas jumpa ni memang tak lepas la haha
memang bagus. dan lebih bagus sebab kita boleh tengok dalam 3 bahasa serantau. brunei, indo dan malaysia. main dengan keyword :p
memang berguna ni.. terima kasih banyak2
ReplyDeletemacam mana mau cari makna peribahasa bagai ? -.-
ReplyDelete