Ubuntu merupakan sistem operasi open source yang boleh didapati secara percuma dari laman rasminya iaitu http://ubuntu.com secara muatturun terus atau menempah CD rasmi (seperti diatas) secara percuma dari laman web http://shipit.ubuntu.com/.
Betul ke percuma niii??!!
Ya, anda tidak salah baca dan anda tidak bermimpi. Ianya betul-betul percuma!
Camner leh percuma??!!
Ubuntu ialah sistem operasi open source yang dibangunkan secara komuniti dan kodnya boleh dilihat, diubahsuai, dikongsi, disebarkan, digunakan kembali tanpa sebarang kekangan akta hakcipta.
Susah ker nak guna ubuntu ni??!! Saya tak biasa laa IT-IT nih..
Ubuntu sangat mudah untuk digunakan. Namun ingatan saya ialah, ubuntu tidak seperti windows. Jika anda samakan kedua-duanya maka anda akan nampak ianya susah walaupun pada hakikatnya ia tidak begitu. Blog ini mempunyai simpanan rujukan yang sangat banyak dan anda boleh menyertai komuniti melayubuntu di facebook untuk bertanyakan kemusykilan anda.
Kalau xjadi camner?
Insyaallah, setiap masalah ada penyelesaian. Anda selalunya bukan orang pertama yang mempunyai masalah tersebut dan penyelesaian mungkin telah disiarkan dalam laman web. Google!
Kalau guna ubuntu boleh ke guna software yang ada dalam windows? YM ke Photoshop ker...
Sekali lagi, jangan samakan ubuntu dengan windows. Anda boleh chat menggunakan protokol yahoo tetapi menggunakan perisian empathy. Anda boleh memasang perisian windows ke dalam ubuntu dengan bantuan WINE.
Hm nampak macam ok jer..tapi nape erk you all nak sangat saya pakai ubuntu??
Sebab dirimu begitu berharga. Windows banyak virus, tak selamat, menyusahkan, sokong yahudi dan last sekali sebab real man don't use antivirus. Ubuntu plak tak de virus, internet lancar dan laju, interface comel, banyak software free, takyah bimbang malware, spyware, tupperware, underware, trojan dan berbagai lagi. Kalau cucuk USB drive tu main cucuk jer xyah scan apa-apa. Pastu ubuntu ni social from the start ada gwibber untuk status Facebook, twitter, pastu ada ubuntu one untuk upload file kemudian bleh share bla bla bla (membebel panjang xguna..try la beb baru tau) =)
yeah..aku nak die anta p umah aku.. taun lepas aku ade wat jugak apply untuk send ke rumah.. aku ngan mmbr aku.. mmber aku dapat. aku tunggu sampai harini xdapat..so skarng nak apply lg.. haha.. papepon ubuntu mmg besh.. cume aku ni reti gune gtu2 jela :P
ReplyDeletehehe yeke...aku kali ni tempah 40 keping dpt 7 keping jer..ramai sgt order la 2..hehee
ReplyDeletehaha kerana Windows makin lama makin menyusahkan haha
ReplyDeletekena upgrade hardware untuk guna Windows baru
original mahal nak mampus
virus berlambak...
haha..tau xper..
ReplyDeleteaku benci virus dn antivirus..mlembabkan pc jer..
aku tak sabar nak beli PC baru nak layan puas2 Ubuntu baru
ReplyDeletebli jgn xbli..hahahah
ReplyDeletehahaha.....
ReplyDeleteterima kasih ubuntu, melayubuntu, dan ZULMALC kerana mmbuka mata saya kepada OS nie....
:P
selamat tinggal windows!
selamat tinggal virus!
hehe...
hahaha...bagus2..wakaka
ReplyDeleteAdakah ubuntu dalam bahasa melayu?
ReplyDeletekita bleh setkan bahasa menjadi bahasa melayu..hehe
ReplyDelete