Setakat yang saya tahu, masih belum terdapat sebuah buku (bukan ebook) panduan ubuntu yang dihasilkan sendiri oleh komuniti ubuntu malaysia (sila beritahu saya jika sudah ada). Lalu, saya ingin bertanya, jika sekiranya terdapat sebuah buku panduan ubuntu dalam bahasa malaysia, adakah anda akan mendapatkannya? Dan adakah pengguna ubuntu betul-betul perlukan sebuah buku panduan? Adakah blog sahaja sudah mencukupi? Apakah agaknya anjakkan yang bakal berlaku sekiranya komuniti mempunyai sebuah buku panduan ubuntu?
Sebenarnya berbagai persoalan muncul dalam fikiran saya. Bukan senang untuk memenuhi kehendak semua orang dalam semua masa. Paling penting ialah kita perlu lakukan yang terbaik dalam semua masa. Lalu idea menghasilkan buku panduan ubuntu muncul dalam fikiran saya. Namun saya tidak akan membuat keputusan itu berseorangan. Banyak perkara perlu diambil kira dan untuk itu banyak masa perlu digunakan. Akibatnya, blog ini mungkin akan jarang dikemaskini oleh saya.
Jadi, apa pilihan yang saya ada? Perlukah anjakkan ini atau kekalkan apa yang sudah ada? Pandangan bernas pembaca diperlukan. Terima kasih.
sebenarnya dh ada buku panduan ubuntu 9.10 dekat cni
ReplyDeletehttp://bit.ly/cKizom
cuma utk 10.04 xde lg kot..
saye rase xyah kot....saye lg suke bace blog ni...leyh komen,bertanye dan mcm2 lg...tol x.. =,=
ReplyDeleteyg saya maksudkan yg dicetak dan bukan ebook..
ReplyDeletepersekitaran perkomputeran tu sendiri buat masa sekarang mmg memerlukan internet. oleh itu, pada pendapat saya, blog, forum dan google lebih sesuai berbanding buku kertas yg tradisional. masalah yg dihadapi pun tak sama dan cara penyelesaian pun berbeza-beza dan tak dapat dinyatakan didalam buku. lagi pun buku tak dapat update jika ada cara penyelesaian masalah yg baru.
ReplyDeletetapi kalau dok bertanya je tak nak cari penyelesaian sendiri masalah jugak..jadi nasihat jangan "selalu" sangat bertanya..nanti orang yang ditanya tu cepat fedap :p
ReplyDeletesebenarnya ada masa kita masih perlukan bahan bacaan tradisional sebab kurang logik nak baca artikel panjang-panjang dekat monitor yang 90 darjah (mungkin kurang ikut keadaan anda) nak baca.
ReplyDeletecuba cari 1-2 artikel yang panjang 3 muka (bentuk pdf), dan bandingkan mana satu lagi selesa nak dibaca. kertas masih lagi sesuai dalam dunia realiti sebenarnya :)
kalau tak silap aku dari komuniti Ubuntu sendiri ada manual komprehensif, boleh dibeli secara online dan harga agak berpatutan. cuma masalahnya alih bahasa ke bahasa melayu agak lambat, jadi tunggu sajalah saya dengan maklan siapkan translation tu. panjang wooo..
ReplyDeletebagi mereka yang berminat, boleh download dan print terus (tak selesa nak baca terus dalam monitor sebenarnya) atau beli buku manual dari link ni:-
http://ubuntu-manual.org
haha.. betul tu
ReplyDeletebuat je zul.. sy sokong..at least dapat tambah pendapatan...
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Projek Manual Ubuntu kini telah diterjemah ke Bahasa Melayu lebih dari 50% Aku mensasarkan akan siap diterjemah untuk edisi kedua, yang akan dilepaskan bulan 7 ni. Sementara banyak masa kurang lebih sebulan ni, baik gunakan dengan sebaiknya....
ReplyDeletexyah la kertas2 nih. kurangkan pakai kertas, jaga alam sekitar..
ReplyDeleteAku sokong buat buku ni.. sebab tidak semua org boleh online.. kalau ada buku (cetak) boleh cadang dgn pihak sekolah atau pihak perpustakaan daerah/negeri utk mendapatkan panduan ubuntu.
ReplyDeleteAku rasa elok gak dari xde..sbb kte kne consider, ubuntu ni kan utk semua. Itulah aspirasi founder Ubuntu ni dari mula lagi. .Maksud nya bukan setakat yg ada internet shj leh tahu n guna ubuntu. Org2 kat kg, pedalaman, xpun yg asyik gi cc, kite kne gak bg peluang kat diorang merasa pengalaman ber"Ubuntu" ni. betul x ??
ReplyDeletehttp://solo4everz.wordpress.com
kalau kite pakat ramai2 terjemah ubuntu-manual.org pun ok jgk ... or else kita mintak izin ngn canonical ke utk terjemah buku official seperti diatas ... tp sy tidak pasti jika ada dikalangan kita yang masih memerlukan buku utk rujukan @ simpanan kat mini library kat umah ....
ReplyDeletejust my 2 cents..
sangat elok kiranya ada buku panduan dlm bahasa malaysia supaya menjadi rujukan kepada yang kurang faham bahasa inggeris.
ReplyDeletebagi saya rasa ok gak macam newuser macam sy ni..kalau nak rujuk internet selalu susah jugak
ReplyDelete