Posts

Showing posts with the label melayubuntu

Melayubuntu sekian lama tidak dikemaskini

Image
Lalu anda tertanya-tanya, apa yang dah jadi? Penulis melayubuntu ini masih "ok" atau ... Percayakah, antara benda yang paling susah untuk dilakukan ialah konsisten - lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai terlalu banyak komitmen lain. Kita terpaksa mengutamakan komitmen yang menduduki tangga teratas carta prioriti dan ketika masa membatasi segalanya, akan ada komitmen yang terkorban - atau setidak-tidaknya terbiar usang. Saya merasakan ini adalah entry pertama pada tahun baru 2011. Sekiranya anda mempunyai sebuah blog yang pelawatnya sekitar 400 orang sehari, mengemaskini entry pertama pada pada hari ke 16 tahun baru bukanlah satu perbuatan yang patut dicontohi sama sekali. Buat masa ini saya sedang mencari 2 keperluan yang telah hilang dari diri saya secara tiba-tiba iaitu; Masa Keghairahan menulis Sehingga itu, blog ini akan usang dan sepi. Sepertinya sepinya diri saya dari kehadiran masa dan keghairahan menulis. Saya mendoakan ianya tidak lama. Terima kasih k...

Ini ialah entry ke-1000 di blog Melayubuntu

Image
Dengan tersiarnya entry ini, maka lengkaplah bilangan entry di blog Melayubuntu ini 1000 entry. Terima kasih kepada pembaca yang terus mengunjungi blog ini. Terima kasih kepada penulis jemputan yang turut sama menyumbang idea dalam tulisan mereka. Terima kasih kepada responden dalam setiap entry. Terima kasih kepada semua. Doakan blog ini terus subur dengan ilmu dan artikel yang mampu menarik pembaca kepada ilmu. Terima kasih, terima kasih, terima kasih! - Zul Malc.

Hai, Saya Melayubuntu. Selamat Berkenalan!

Image
Mungkinkah ini masa sesuai untuk redesign dan memberikan nafas baru? Apapun saya tertarik dengan konsep huruf miin. Tanpa prejudis atau fanatik atau rasis, kekuatan miim ke dalam logo melayubuntu akan memudahkan logo ini dikenali, membawakan mesej yang kuat, dan menuju maksud yang tersendiri. Samada logo ini diterima atau tidak, saya tak kisah. Sudah lama saya fikirkan satu logo yang membolehkan blog ini dikenali dan logo tersebut melambangkan kekuatan dan bukan sesuatu yang lemah atau negatif. Pada kebanyyakkan masa, kita sebenarnya terperangkap dalam medan mentaliti yang kita sendiri cipta! Keluar dari kotak, dan berfikirlah...