Percayakah, antara benda yang paling susah untuk dilakukan ialah konsisten - lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai terlalu banyak komitmen lain.
Kita terpaksa mengutamakan komitmen yang menduduki tangga teratas carta prioriti dan ketika masa membatasi segalanya, akan ada komitmen yang terkorban - atau setidak-tidaknya terbiar usang.
Saya merasakan ini adalah entry pertama pada tahun baru 2011. Sekiranya anda mempunyai sebuah blog yang pelawatnya sekitar 400 orang sehari, mengemaskini entry pertama pada pada hari ke 16 tahun baru bukanlah satu perbuatan yang patut dicontohi sama sekali.
Buat masa ini saya sedang mencari 2 keperluan yang telah hilang dari diri saya secara tiba-tiba iaitu;
- Masa
- Keghairahan menulis
Terima kasih kerana masih menyokong kewujudan blog ini. Sekiranya anda ingin saya berjanji, saya berjanji yang blog ini tidak akan hilang dari kewujudan. Cuma sekali sekali ia memerlukan masa menyendiri yang cukup. :p
mungkin kah zul dah kawen? sebab tu sibuk? hahaha..
ReplyDelete