Download Tema Ubuntu Light Maverick untuk Window Buttons Applet
Jadi semua orang sudah melihat dan mungkin ada yang telah mencuba tema baru bagi ubuntu light dalam versi ubuntu 10.10 maverick beta. Terdapat banyak perubahan yang diperkenalkan terutamanya pada scrollbar, warna highlight, dan juga butang close, minimize dan maximize. Selepas upgrade ke maverick beta , saya masih mengekalkan kombinasi cardapio + window buttons + global menu pada panel untuk memaksimakan ruang vertikal desktop. Namun, tema butang close, minimize dan maximize masih lagi tema ubuntu light dalam lucid. Saya mencari tema tersebut untuk ubuntu light terbaru di gnome-look dan juga di google namun tidak menemui sesuatu yang seumpamanya. Lalu saya mengambil keputusan untuk membuatnya sendiri berasaskan kepada tema ubuntu light dalam maverick beta dan boleh dimuatturun melalui link dibawah; http://www.box.net/shared/o7dz55yvqg Extract file yang dimuatturun ini dan anda akan mendapati sebuah folder bernama "ambience-maverick". Katakan anda letakkan folder berken...