Firefox Versi 6 Stabil Telah Dilancarkan
Secara rasminya, pembangun Monzilla telah pun melancarkan pelayar web Firefox versi 6.0 pada 16 Ogos 2011 baru-baru ini. Bagi mereka yang gilakan kepada fungsi tambahan (Extensions Add on), Firefox adalah pelayar Web yang tepat. Mesti pilih! Meskin pun kedengaran desas- desus bahawa pesaingnya iaitu Chrome cuba memintas popularitinya, namun saya percaya beberapa kelebihan yang ada pada Firefox menjadikannya sukar ditewas buat pada masa ini. Berikut adalah beberapa ciri-ciri baru yang ditawarkan untuk versi 6.0 ini: Sekarang bar alamat menekankan kepada domain laman web yang dilawati.
Wajah blok identiti laman (site identity block) dinaik taraf.
Ditambah sokongan untuk draf versi terbaru daripada WebSockets dengan API awalan.
Ditambah sokongan untuk EventSource / acara server-sent.
Sokongan yang ditambah untuk window.matchMedia.
Ditambah Scratchpad , persekitaran prototaip interaktif JavaScript.
Ditambah ke dalam menu iaitu Web Developer yang baru.
Kebolehgunaan...